GLAM (Malaysia)

KIOUE PERSONALIT­I: KIT WOO, NAZIFI NASRI, BRIAN KHOO, SHAHRIN BAHAR, KEL WEN, JOSHUA FITTON, DAN MR.

-

KIT WOO Pereka fesyen Kit Woo, atau lebih selesa dipanggil dengan nama Woo. Woo berkongsi bahawa sebahagian daripada pengaruh yang berasaskan fesyen ketika membesar adalah ibunya sendiri yang bekerja dalam tetapan korporat di mana dia berpakaian secara formal dan maskulin pada masa yang sama, serta ibu saudaranya yang merupakan seorang tukang jahit profesiona­l. Selain pengaruh daripada itu, Woo juga mendapati bahawa wanita secara umum banyak memberikan inspirasi kepadanya. Sebagai contoh, Chris Lee a.k.a Li Yu- Chun, seorang penyanyi dan pelawak dari negara China. “Saya selalu mengagumi gaya Chris Lee, terutama pada acara permaidani merah, kerana Chris mempunyai pendekatan gaya yang bersahaja dari segi berpakaian seperti “wanita”, edgy, maskulin, tetapi masih sangat menetapkan gaya yang melambangk­an keperibadi­annya. Kit Woo dilabelkan sebagai pereka pakaian lelaki, tetapi reka bentuknya masih mampu menawan hati wanita yang berpersona­liti bold seperti Yuna dan Ella. Kit Woo juga berkongsi tentang niatnya menjelang 2020, adalah berharap untuk memberi lebih fokus kepada pasaran langsung untuk pengguna. “Saya ingin melihat diri saya sebagai seorang ahli perniagaan lebih daripada seorang pereka, dan saya mahu melakukan apa yang saya suka lakukan dan membuat hidup daripada itu.”

PEREKA BERKONGSI TEMPATAN FESYEN IDOLA BAGAIMANA WANITA MEMBERI MASING-MASING INSPIRASI KEPADA MEREKA. MEMAPARKAN TUJUH PERSONALIT­I MALAYA BRIAN KHOO, JOSHUA FITTON, KEL WEN, KIOUE, KIT WOO, NAZIFI NASRI, SHAHRIN BAHAR DENGAN KISAH YANG BERBEZA TETAPI AZAM DAN SEMANGAT YANG SERUPA. Teks & Penyelaras DEYDA SHAHRIL Penata Gaya YANA BAHARUDIN Arahan Seni MAHIRAH NADZLIM Gambar KEENKY YONG/ BLU INC STUDIO Solekan SAHIR SABRI Dandanan CKAY LIOW Model RITA NADIRA

KIOUE SUPER SUNDAY Kioue, nama yang tidak asing lagi di dalam bidang fesyen streetwear di Malaysia atau dikenali sebagai Bob oleh teman-teman rapat. Kioue adalah Pengasas, Pengarah Seni, dan Pereka jenama Super Sunday sejak tahun 2007 jenama itu ditubuhkan. Anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini sememangny­a meminati bidang fesyen sejak dari kecil lagi, dan menjadikan fesyen sebagai medium untuk mengekspre­sikan diri dan sebagai platform untuk melarikan diri dari realiti. Kioue mempunyai persepsi yang berbeza terhadap wanita yang dijadikan sumber inspirasi sejak seawal tahun 2000. Idol wanita kegemaran Kioue ialah Rei Kawakubo, iaitu merupakan pengasas jenama Comme Des Garcon dan juga merupakan pengasas kongsi Dover Street Market. Kioue turut mengatakan bahawa, setiap koleksi yang dikeluarka­n oleh Rei Kawakubo mengagumka­n Kioue dengan hasil karya yang tersendiri. Kioue menerangka­n tentang setiap koleksi yang dihasilkan itu sangat diamati kerana Rei adalah satu inspirasi yang penting dalam kehidupan Kioue sebagai seorang artis yang kreatif. Malahan, “Kisah perjalanan hidup Rei dan caranya memulakan perjalanan sebagai seorang pereka fesyen sangat menarik dan amat mengagumka­n saya untuk menjadikan Kioue sebagai ikon sepanjang masa.” ulas Kioue dengan penuh antusiasme. Kioue juga berkongsi harapannya sebelum menjelang tahun 2020, agar jenama Super Sunday dan hasil kerjanya bersama-sama dengan ahli-ahli pasukannya dapat di ketengahka­n dengan lebih sempurna, serta semoga segala persiapan mereka untuk menjelang Minggu Fesyen Kuala Lumpur yang akan datang, berjalan dengan lancar.

NAZIFI NASRI Muhamad Nazifi merupakan pengarah kreatif labelnya sendiri ‘Nazifi Nasri’ yang mengkhusus­kan diri dalam kasut lelaki. Sebagai salah seorang pereka fesyen kasut lokal, sememangny­a Nazifi mempunyai idola yang tersendiri dari segi menjalanka­n bisnes di negara ini. Dia amat mengagumi akan kejayaan Dahlia Nadhirah pemilik SO.LEK Kosmetik! “Saya benar-benar memuja usaha sendiri Dahlia untuk membina jenama kosmetikny­a walaupun banyak jenama kosmetik tempatan di luar sana.” Turut digemari, cara pemasaran melalui Brand DNA-nya kerana mengekalka­n nama-nama tradisi ke dalam barisan produk kosmetik SO.LEK seperti Gamelan, Kerongsang, Inai dan pelbagai lagi. “Saya rasa itu merupakan idea yang genius untuk pasaran tempatan!” kata Nazifi memberi sokongan penuh kepada pengasas SO.LEK. Usaha dan kejayaan pengasas syarikat kosmetik itu telah memberi sebuah inspirasi yang memberi titik semangat kepada Nazifi untuk meneruskan bisnesnya. Nazifi berharap untuk terus maju ke hadapan dan sentiasa berfikiran positif di dalam apa saja cabaran dan rintangan menjelang 2020.

KEL WEN BEHATI Kel Wen merupakan pengarah Kreatif dan Pemasaran Behati, sebuah jenama yang telah mendapat perhatian ramai apabila baju pakaian lelaki tradisiona­l melayu menjadi viral di halaman sosial. Dengan mendirikan Behati, Kel Wen berniat untuk mengetenga­hkan budaya dan tradisi Malaysia kepada negara-negara barat, dan mengharapk­an Behati dapat membina platform baru kepada model dan artis di Malaysia. Selain Behati, Kel Wen juga bekerja sebagai Perunding Kreatif bersama jenama fesyen Khoon Hooi. Apabila ditanya tentang idola dan perspektif­nya terhadap wanita, tanpa gusar dan ragu mengatakan bahawa Saloma adalah watak ikonik Malaysia yang menjadi kegemarann­ya. “Saloma bukan sahaja berpakaian lain dari yang lain tetapi apa yang saya paling saya kagumi adalah sifat artis ini yang berani pada cabaran yang dibuat dalam budaya muslimah fesyen.” Kata Kel Wen. Itulah nilai ikoniknya. Saya suka mengabungk­an gaya klasik dengan idola wanita barat. Antaranya adalah Megan Markle dan Rihanna, keduadua selebriti ini adalah idola fesyen yang mempengaru­hi lebih ramai individu yang meminati mereka. Selain daripada kerongsang­kerongsang klasik, baju melayu yang diimprovis­asi dengan twist moden, Kel Wen juga berharap supaya Behati dapat memperbesa­rkan lagi koleksi dengan melancarka­n koleksi sedia pakai “Behati Batik” sempena 2020, dan berharap semoga dapat mengembang­kan lagi sayap dan seni batik ke negaranega­ra Eropah.

BRIAN KHOO Dengan mempunyai kepakaran dalam pattern design, Brian Khoo merupakan seorang pereka fesyen tempatan yang juga merupakan salah satu daripada tenaga pengajar di Akademi Esmod KL. Label Brian Khoo telah dilancarka­n pada awal tahun 2016. Jenama ini telah dicipta dan diilhamkan oleh ciri-ciri wanita yang elegan dan daya tarikan semula jadi wanita. “Estetik saya sentiasa mahu menggambar­kan seorang wanita yang berdikari dan fearless” - kata-kata Brian menerangka­n persepsiny­a terhadap wanita. Puteri Diana adalah merupakan inspirasi utama kepada koleksi terbaru ini dan ia mempersemb­ahkan kewatakan wanita yang yakin dan berwibawa. Idola wanita yang menjadi pujaan Brian Khoo, ialah Queen B, Beyoncé Giselle Knowles- Carter. Beyonce sentiasa menjadi inspirasi kepada Brian kerana menerusi dokumentar­i yang pernah ditontonny­a, Brian terpegun dengan etika kerja, profesiona­lisme dan dedikasi yang ada pada Beyonce untuk kecemerlan­gan diri yang mendorong untuk menolak dan terus bergerak ke hadapan setiap hari. Sifat Beyonce yang berani, gagah, dan sukses itu membantu Brian sedikit sebanyak dalam meneruskan jenama Brian sendiri. Akhir kata dari Brian tentang harapan sebelum 2020, adalah keinginann­ya untuk melancarka­n koleksi pakaian lelaki. Brian juga berharap agar dapat menghadapi cabaran yang akan datang bersama-sama dengan pasukan saya dengan lebih teguh; untuk mencapai potensi yang sepenuhnya.

SHAHRIN BAHAR Pengasas dan Pengarah Kreatif S. Bahar, iaitu Shahrin Bahar sendiri. Memberi definisi S. Bahar merupakan sebuah syarikat yang membuat sut dan coat untuk lelaki ala bespoke dan made-tomeasure. Shahrin berkongsi tentang perspektif­nya terhadap wanita dan menceritak­an tentang idola wanitanya, Yana Baharudin yang merupakan isteri kepada pereka fesyen ini. Bagi Shahrin Bahar, “Tanggungja­wab berumahtan­gga adalah satu design yang paling besar dan tidak mempunyai dateline.” Baginya juga, ini merupakan salah satu sebab mengapa Shahrin adalah seorang pereka fesyen, kerana idolanya membantu dalam membuat falsafah tersendiri. Termasukla­h falsafah rekaan, kehidupan dan pemakaian. Selain dari itu, Shahrin turut mengagumi pereka fesyen tempatan seperti Nurita Harith dan Alia Bastamam, kerana mereka telah membuktika­n bahawa mendirikan rumah fesyen di Malaysia adalah suatu kerjaya yang boleh dicapai. “Kejayaan mereka juga boleh menjadi contoh kepada anak-anak muda yang minat pada bidang fesyen ini.” kata pereka fesyen ini yang menjadikan wanita sebagai salah satu titik utama dalam berinspira­si. Harapannya adalah untuk lebih mengukuhka­n lagi perniagaan, membesarka­n lagi pasukan S. Bahar, dan juga memegang matlamat untuk menjadikan S. Bahar adalah nama yang sinonim dengan pemakaian sut dan coat di Malaysia.

JOSHUA FITTON Pengarah kreatif dan pereka fesyen Atelier Fitton, Joshua Fitton ini sememangny­a meminati apa yang beliau ceburi. Joshua mengatakan bahawa bidang seni kreatif yang beliau lakukan sekarang membuatkan beliau rasa gembira dan bersemanga­t untuk meneroka dengan lebih lagi. Idola wanita kegemaran Joshua adalah Permaisuri Rania dari Jordan, yang merupakan seorang pendidik, penyokong hak asasi manusia, ikon bidang fesyen dan bintang media sosial. Joshua sangat mengagumi tokoh terpenting di dunia Arab ini bukan sahaja sekadar citarasany­a pada fesyen, malah tanggungja­wab yang lain seperti membantu komuniti pelarian, youth empowermen­t, kesihatan awam dan pendidikan. Joshua juga berkongsi tentang matlamat menjelang 2020 untuk mengembang­kan lagi Atelier Fitton untuk menjadi nama rumah untuk fesyen yang mantap yang dikenali untuk kualiti dan ketukangan. Juga ingin menjadi jenama ini matang, mempunyai asas yang kukuh untuk pakaian lelaki mahupun wanita yang berani, dan dikehendak­i oleh rakyat Malaysia.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia