KATA EDITOR

RELATIFNYA MASA

GLAM - - Glam - [email protected]

Bagaimana hari kita bermula? Jika saya yang menjawabny­a, seawal jam 5.30 pagi saya sudah bangkit menanti azan subuh. Harus beredar dari kawasan kediaman sebelum 6.15 agar tidak sangkut dalam kesesakan trafik pagi kerana anak sulung perlu berada di sekolah sebelum pukul 7.30 manakala si kecil harus mengejar kelasnya yang bermula tepat jam lapan. Lalu bermula lah hari saya di tempat kerja. Dari temu janji ke mesyuarat hingga ke acara formal. Sampai waktu petang, tiba waktu mengambil anak-anak dari sekolah. Dan begitulah rutinnya saban hari.

Masa itu relatif. Namun andai masa itu boleh dilihat, jangan kita sia-siakannya. Masa perlu dikira tepat untuk setiap keperluan agar tiada agenda yang tercicir. Jelas sekali jam masa adalah salah satu keperluan paling penting bagi kita, maka bukanlah suatu yang membazir jikalau kita mahu melabur pada jam tangan mewah. Kerana

sebagaiman­a peribahasa yang mengandaik­an masa itu emas, masa itu juga relatif. Maksudnya berbezabez­a pada perspektif individuin­dividu berlainan. Namun masa juga berputar pantas tanpa kita berasa betapa jauh sudah perjalanan hidup ini dan sudah sampai masa kita stop dan pause, nilai semua apa yang penting... seperti habiskan lebih masa bersama keluarga, penuhi permintaan yang tersayang. Priorities!

GLAM Horologi juga mempamerka­n apa yang penting yakni masa. Lembaran demi lembaran dipenuhi dengan jam tangan mewah terkini, diperlengk­apkan dengan set-set barang kemas paling gah. Penting bukan kerana mahu bermegahme­gah, tetapi ia simbol kepada selamanya. Lambang kepada sebuah penghargaa­n kepada masa dan tanda kasih sayang buat mereka yang anda cintai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.