BULGARI

GLAM - - Glam -

Penetapan semula aturan pembuatan jam kontempora­ri dengan lebih berani, lebih cantik dan lebih sublime, Bvlgari yang diterajui oleh Italian Rinascimen­to of Swiss, melayangka­n aksesori mewah paling ikonik di gelangang Baselworld 2019 dengan menampilka­n koleksi Serpenti Seduttori terbaru.

LVCEA

Dua versi baru ditambah pada 2019. Yang pertama adalah case yang dilampirka­n pada gelang Tubogas dan dihiasi dengan bezel emas merah jambu, batu permata cabochon-cut merah jambu dan berlian. Varian kedua Lvcea Skeleton pula mewah dengan case kes emas putih yang bertatahka­n berlian dan permata di sekeliling bezelnya. Kedua-duanya dikuasakan oleh Caliber BVL 191automat­ik, bersaiz 33 mm.

SERPENTI SEDUTTORI: BORN TO BE GOLD

Dilahirkan sebagai emas, Serpenti Seduttori adalah takrifan semula erti kata sebenar ikon Bvlgari. Auranya membuatkan masa lebih berharga. , Serpenti Seduttori hadir dengan gelang baru yang fleksibel, diilhamkan daripada jam tangan Serpenti asal. Mahkota dilengkapi dengan kemilau permata cabochon merah jambu. Serpenti Seduttori didatangka­n dalam emas merah, kuning, putih dan dua pilihan bertatahka­n berlian. Ia dikuasakan dengan pergerakan kuarza berketepat­an tinggi, kes 33 mm dibuat pada 18k rose gold, emas kuning, emas putih, dan pilihan dengan 38 berlian (0.38 ct), rubello merah jambu, ruby atau mahkota nilokon biru nilam.

DREAM ‘DIVAS

Diva Dream’s Finissima Minute Repeater di reka dengan pergerakan Lady Repeater paling nipis. Berlian melingkari dail aventurine, melaungkan personalit­i daya tarikan Dream Divas Dream yang dilindungi dalam berlian pavé.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.