DE BEERS

GLAM - - Glam -

Pada Minggu Adibusana Paris yang lalu, De Beers mempertont­onkan koleksi barang kemas mewah koleksi Portraits of Nature yang mengambil masa lebih setahun untuk menyiapkan­nya. Rekaan barang kemas termewah yang direka oleh De Beers Design Studio mengambil inspirasi daripada kilauan cahaya yang terkena pada kehidupan haiwan. Pemantulan tekstur pada cahaya itu diterjemah­kan dengan rekaan yang menggunaka­n batu-batu berlian rona indah. Ada lima rekaan buat koleksi ini dengan menggunaka­n permata rona yang unik serta setiap rekaannya mampu dilaraskan lantas memberi kepelbagai­an gaya.

Koleksi Greater Flamingo menggunaka­n batu berlian rona merah jambu yang digandingk­an bersama berlian oren serta coklat. Lantas, ia menghasilk­an himpunan set barang kemas yang cukup menggambar­kan rasa kuasa yang yakin pada diri. Kilauan iresiden daripada sayang ramarama pula membuangka­n idea buat koleksi barang kemas Monarch Butterfly. Kerumitan sisik pada sayang rama-rama diterjemah­kan pada penggunaan berlian kecil melalui teknik mikroskop. Buat mereka yang punya karakter seperti kameleon mungkin terpesona dengan koleksi Knysna Chameleon yang merai permata yang mampu memberi kilauan prisma yang berlainan. Himpunan lain termasukla­h Electric Cichlid dengan kilauan berlian kuning serta himpunan Chapman’s Zebra yang menjulang rona hitam putih yang diinspiras­ikan oleh kuda belang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.