GLAM (Malaysia)

NOTA JAM: HARD LUXURY

- TEKS SUZIE ADNAN

Jam tangan sememangny­a sebuah pelaburan yang berbaloi. Legasinya turun temurun dan memberi makna yang amat bererti. Buat individu-individu ternama dan berpengaru­h, jam tangan ibarat sebahagian daripada kemasyhura­n mereka. Berikut antara yang mencetus headline utama. ALBERT EINSTEIN

Saintis paling profilik dunia, Albert Einstein pernah menjaja idea yang masa itu relatif. Dan bagi dirinya sendiri, tanda masa playing bagus buatnya adalah daripada Longines. Rekaan segi yang dihasilkan dari emas 14 karat, di bahagian belakangny­a tertera ukiran bertulis, ‘Prof. Albert Einstein, Los Angeles, Feb. 16, 1931’. Dia mulai memakainya sejak 1930-an dan pada 2008, jam tangan tersebut dilelong pada harga hampir tiga juta ringgit. Einstein juga mempunyai satu lagi jam poket Longines dan objek berharga tersebut kini menjadi sebahagian daripada Muzium sejarah di Bern.

MARIE ANTOINETTE

Marie Antoinette, permaisuri terakhir sebelum berlangsun­gnya Revolusi Perancis, begitu dikenali sebagai penggemar jam tangan Breguet. Pada 1783, seorang peminatnya memneri arahan kepada Breguet untuk menghasilk­an jam yang paling istimewa dan hebat untuk dihadiahka­n kepada Antoinette, tanpa ada sebarang had harga atau masa. Akibatnya, jam tersebut hanya mampu disiapkan 44 tahun kemudian yakni 34 tahun selepas kemangkata­n permaisuri berkenaan. Jam Breguet itu disimpan dengan kawalan ketat selama berabad sehinggala­h ianya dicuri pada 1983 dari sebuah muzium di Jerusalem. Hanya pada 2007 akhirnya ia dijumpai kembali.

PUTERI DIANA

Kebanyakan personalit­i ternama akan bertukar-tukar gaya jam untuk memenuhi kehendak fesyen semasa. Namun bagi Puteri Diana, Cartier Tank adalah satu-satunya jam tangan miliknya. Dia setia menggayaka­nnya ke mana sahaja kerana jam tangan berkenaan cukup klasik dan versatil buat apa jua mood atau pun suasana. Diana juga sebenarnya memiliki satu lagi jam tangan Patek Philippe yang mana ianya adalah hadiah daripada Putera Charles sewaktu mereka sedang bercinta. Adakalanya dia dilihat memakai kedua-dua jam tangan tersebut pada masa sama, sewaktu menyaksika­n sukan polo. Diana menganggap­nya sebagai tanda tuah buat Charles yang turut bertanding.

BUZZ ALDRIN

Jam tangan Omega versi Speedmaste­r memiliki hubung kait dengan eksplorasi angkasa lepas di mana ia adalah jam tangan pertama yang dibawa menjelajah permukaan bulan pada Julai 1969. Individu bertuah yang memakainya adalah Buzz Aldrin, manusia kedua yang menjejakka­n kaki di atas bulan. Mula dilancarka­n pada 1957, legasi angkasa Omega sebaik Nasa meluluskan penggunaan jam tangan berkenaan dalam misi mereka bermula 1965. Semenjak itu, Omega sudah pun menjadi sebahagian daripada enam pendaratan di atas bulan sehinggaka­n ianya digelar ‘the Moonwatch’. Walaubagai­mana pun, jam tangan pertama yang dipakai Aldrin di bulan kini hilang akibat dicuri sewaktu berada dalam transit. Ketika itu Aldrin mahu menghantar­nya ke Smithsonia­n Air and Space Museum di Washington D.C. untuk dijadikan bahan pameran. Misteri kehilangan itu terus menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia