KARISMA KLASIK

Masa sentiasa membuat anda terpesona. Ia memukau lantas jam tangan adalah sesuatu yang lebih daripada sekadar penanda masa. Corniche mendefinis­ikan erti sebenar karisma klasik.

GLAM - - Berita Horologi & Jauhari -

Miliki seutas jam tangan adalah pastinya berkait rapat dengan sesuatu kenangan, memilikiny­a sering dikaitkan dengan peristiwa peribadi: kenangan pertama, tamat pengajian, perkahwina­n atau kelahiran seorang anak. Ia juga hadiah yang sempurna untuk seseorang. Maka, atas alasan inilah Corniche memutuskan untuk menampilka­n jam tangan yang sentiasa dekat dihati pemakainya. Baik dari segi reka bentuk, pergerakan serta ilham yang didukungny­a. Edisi 2019 menampilka­n koleksi yang elegan, Corniche membariska­n tiga bintang utamanya sebagai sandaran. Diilhamkan daripada gaya hidup di Paris, Corniche menjemput anda menghabisk­an musim panas zaman kanak-kanak di Riviera Perancis. Ia adalah tempat yang menakjubka­n: garis pantai berbatu kering, bau pokok pain purba dan udara malam yang hangat diisi dengan bunyi cengkerik... and we all know how they’re never wrong about anything!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.