MERUNGKAI CITARASA PERIBADIMU
Koleksi Selberan yang terbaru, Dita diilhamkan oleh unsur-unsur semula jadi daripada koleksi arkib ikoniknya. Perlengkapan halus ini menyerlahkan mutiara berharga dikelilingi tip-tip berlian disaluti emas, juga tersedia dalam gugusan delima dan tsavorit. Koleksi ini sangat versatil dipakai begitu sahaja atau dipadankan untuk mencipta banyak lagi rupa yang tersendiri. Terdapat juga mutiara dan berlian untuk melengkapi barang perhiasan anda. Selberan juga terbuka untuk menghasilkan tempahan mengikut spesifikasi yang diingini, menjadikan koleksi ini sebagai koleksi peribadi anda yang berharga.