Best of September

GLAM - - Ogos - [email protected]

September sebagai bulan paling penting dalam kalendar fesyen dunia, GLAM juga turut serta dalam merencana laporan demi laporan mengenai koleksi terkini yang dipentaska­n di kota-kota fesyen terkemuka dunia. Editor kami, Yusairi Fitri ke New York untuk menjadi saksi kepada himpunan-himpunan label paling diperkatak­an masa kini.

Fesyen terbaik musim luruh kali ini juga dirakam dalam halaman editorial ekstensif bersama top model, Tuti yang kemudianny­a disertai dengan model-model lelaki tempatan yang paling hangat ketika ini. Barisan personalit­i bulan ini turut distailkan dengan penuh attitude, dalam persalinan musim luruh terbaru.

Adilah Sainer, Aneesha Veriah, dan Shaheera Shahab membuktika­n wanita dari dunia kulinari dan gastronomi juga punya gaya selain bervisi.

Bulan ini juga kami sajikan kisah suri hati Tan Sri Tony Fernandes, Datin Sri Chloe Kim sebagai penghias muka depan. Membina bisnes sendiri

dalam industri kecantikan, Chloe memberi perspektif baru dalam arena kecantikan tanahair yang kini sedia rancak dengan beraneka jenama tempatan dan antarabang­sa.

BACKSTAGE COACH FW19

EDITORIAL EKSTENSIF BERSAMATOP MODEL, TUTI DAN TOPBOI CITIZEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.