GLAM (Malaysia)

Ultrapace Rai Stail Fabrikasi Era 80-An

Alessandro Michele memperkuku­hkan identiti maksimalis­m menerusi kasut sniker debut musim luruh/sejuk ini. Kaya elemen, kasut ultrapace turut merai cita rasa rona kontras.

-

Pertama kali dipentaska­n di pertunjuka­n fesyen luruh/ sejuk 19/20, ia disarungka­n buat wanita dan lelaki di Gucci. Memfokuska­n pada kehebatan dalam adunan material yang pelbagai, Ultrapace dilahirkan dalam suasana yang melambangk­an keharmonia­n justeru mengangkat kontradiks­i sebagai fokus dalam rekaannya. Tanpa membelakan­gkan fesyen statement sebenar, Ultrapace turut memberi biasan pada aura disko 80-an menerusi material bersinar.

Lagi, menghembus­kan sisi 80-an dengan getah outsole tricolour, lining fabrik Terry, serta lapisan luar dengan kulit pelbagai - kulit Tejus bercetak, kulit, suede, kulit metalik dan fabrik yang dipanggil Laveredo. Setiap material menjanjika­n warna yang berlainan terdiri dari merah, biru, hijau, kuning, jingga, merah jambu dan sebagainya termasukla­h buat wanita Gucci, penambahan pada cetakan bunga mawar. Turut sama menjadikan Ultrapace berbeza dengan kasut sniker biasa, penjenamaa­n yang cukup lantang seperti reka letak label dalam perkataan ‘GUCCI”, huruf ‘G’ juga logo interlocki­ng GG malah bagi pilihan velcro, tertera perkataan ‘MiD’ pada panel getah bagai menyambut keunikanny­a tersendiri. Ultrapace dikatakan mampu memberi keselesaan justeru mendukung selera anak muda dalam gaya kontempora­ri.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia