GLAM (Malaysia)

DUNIA BUNGA DIOR

“After woman, flowers are the most lovely thing God has given the world', kata Christian Dior

- OLEH DE YDA SHAHRIL GAMBAR DIOR

Dior mempersemb­ahkan koleksi lipstik Rouge Dior. Lebih daripada sekadar gincu, Rouge Dior adalah jiwa kecantikan menerusi kekuatan warna dan kreativiti Dior. Selain daripada meluaskan koleksi dan rangkaian kosmetikny­a, Dior membuka bab baru dengan bergerak ke wilayah penjagaan dan trend yang kuat dalam kosmetik global. Kali ini bunga-bungaan menjadi inspirasi utama kepada koleksi Rouge Dior ini. Seperti yang telah tertulis di dalam Kamus Fesyen Christian Dior, bunga merupakan perkara indah yang dicipta oleh Tuhan selepas wanita. Oleh itu, koleksi Rouge Dior ini direalisas­ikan dan merupakan lipstik pertama menggunaka­n infusi minyak bunga untuk penjagaan bibir dengan lebih sempurna dan terus-menerus. Infusi dan dorongan bunga yang berada di tengah-tengah gincu Rouge Dior Ultra-Care ini mengandung­i minyak camelina dan ekstrak minyak jojoba merupakan 100 peratus asal semulajadi dan kaya dengan khasiat penting untuk bibir yang sangat dipelihara.

Sebanyak 15 tona warna diilhamkan oleh alam semesta bunga dan hasil daripada palet warna semulajadi ala couture ini. Tiga kod warna ikonik yang paling menonjol antara semua merupakan - 999 Bloom (Tona signatur Rouge Dior), 808 Caress (Rosewood moden dan abadi), 707 Bliss (Gabungan oren-merah penuh dengan kehidupan dan sesuatu yang luar biasa). Pelakon, Natalie Portman menjadi wajah yang menghiasi kempen terbaru Rouge Dior dengan mendedahka­n imej lemah lembut, intim dan lebih sensual mengenakan tona merah pilihannya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia