GLAM (Malaysia)

SERUM MAGIS AWET MUDA

GLAM ke Paris bersama Neelofa untuk menghadiri simposium Lancome yang mempersemb­ahkan revolusi terkini Advanced Genifique.

-

Lancome mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan penganjura­n Skincare Symposium buat pertama kali. Berlokasi di Le Musee de I’Homme, Paris, simposium berkenaan membuka lembaran baru dalam teknologi kecantikan dunia apabila pelancaran versi terbaru Advanced Genifique memaparkan serum dengan kandungan microbiome yang dikaji selidik sendiri di makmal Lancome.

GLAM bertuah diberi peluang untuk menghadiri simposium tersebut yang turut dihadiri oleh duta Lancome Malaysia iaitu Neelofa. Pada hari acara, Neelofa disertai oleh beberapa lagi tetamu istimewa dari serata dunia; masing-masing begitu teruja dengan apa jenis inovasi yang bakal disampaika­n oleh Lancome.

Wartawan-wartawan daripada segenap pelusuk dunia dipelawa mendekati teknologi breakthrou­gh ini menerusi penjelasan secara terperinci dilakukan oleh barisan saintis di gelanggang Skincare Symposium. Selain Dr. Magali Moreau yang menyadang jawatan Saintis Prinsipal di L’Oreal Research & Innovation, Dr. Vania Lacascade, Timbalan Presiden Kanan Antarabang­sa Lancome dan Dr. Veronique Delvigne, Pengarah Saintifik Lancome; pembentang­an teliti mengenai microbiome yang terkandung di dalam Advanced Genefique turut dilakukan oleh Profesor Richard Gallo (Pengerusi Jabatan Dermatolog­i di Universitu of California), Profesor Lee daripada University of Hong Kong, Profesor Hattori daripada Waseda University di Jepun serta Vivienne Parry O.B.E. yakni saintis, pengarang dan wartawan.

“Tubuh kita terbahagi kepada 50 peratus sel manusia dan 50 peratus sel bakteria. Maka microbiome adalah sebahagian daripada kita dan ianya juga menjadi asas kandungan Advanced Genifique terbaru. Kelangsung­an ini menjadikan serum ikonik lancome antara produk anti penuaan paling berkesaan ketika ini.”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia