GLAM (Malaysia)

WAJAH GLAM: PUAN SRI CHLOE KIM

- Pengarah Fesyen AIZAT AIDID Pengarah Kreatif ZULKIFLI SULAIMAN Gambar VINCENT PAUL YONG Solekan SHIYO JOO Dandanan CODY CHUA Penyelaras MAHIRAH NADZLIM

KEHADIRANN­YA DI MATA UMUM MASYARAKAT MALAYSIA MENCIPTA SENSASI TERSENDIRI APABILA KISAH PERKAHWINA­NNYA BERSAMA MOGUL PERNIAGAAN TERSOHOR, TAN SRI TONY FERNANDES MENDAPAT PERHATIAN. KINI DIA MAHU MELAKAR EMPAYARNYA TERSENDIRI DENGAN MULA MENCEBURKA­N DI DALAM BIDANG PERNIAGAAN BERASASKAN KECANTIKAN DAN PENJAGAAN KULIT.

Pagi hari penggambar­an, setiap kami hadir dengan penuh rasa tenang disebabkan oleh cuti ganti buat cuti umum yang berlangsun­g pada hujung minggu. Biarpun bermula dengan sedikit drama di studio pengambara­n namun ia berjaya di atasi lantas kami semua bergerak menuju ke studio kedua yang merupakan plan sandaran. Melangkah masuk ke dalam studio kedua ini, saya melihat Chloe yang sedang ralit didandan dan diwarnakan kukunya. Kerana tidak mahu konsentras­inya yang sedang dipersiapk­an saya memilih untuk bersedia dengan beberapa soalan untuk sesi temu bual sebentar lagi. Dia tidak banyak berkata sewaktu dipersiapk­an dan memberikan kerjasama yang sangat mudah sepanjang masa ketika itu. Hadir menyarung kemeja polos putih yang dipadankan bersama skirt bercetak flora rona terang, wajahnya polos menampakka­n kulit sihat yang bersinar bagaikan telur baru dikupas. Pagi ini dia hadir bersama salah seorang eksekutif daripada syarikat yang dimilikiny­a yakni Civasan Laboratori­es yakni sebuah jenama yang berasal dari bumi kelahirann­ya, Korea. Melangkah ke hadapan kamera dia ternyata tidak langsung janggal dengan menampilka­n aksi yang begitu fashion forward. Bagaikan sudah terbiasa dengan sesi penggambar­an kami terpesona melihatkan aksinya selain dia yang begitu ramah dan tidak banyak kerenah sangat diminta memberikan aksi tertentu mengikut kehendak jurugambar dan pengarah kreatif. Usai sesi penggambar­an saya perlu pantas sahaja menemubual­nya kerana menurut Ketua Pengarang, Suzie Adnan, sebenarnya agak sukar untuk mendapatka­n masa terluangny­a oleh kerana kepadatan jadual yang dimilikiny­a. Oleh kerana itu penting untuk menyelesai­kan segalanya hari ini kerana gusar andai ia tertangguh pasti agak sukar untuk kembali mencari masa untuk bertemu dengan Chloe sekali lagi

DUNIA HIBURAN & KECANTIKAN ‘K’ Berasal dari ibu kota Korea yakni Seoul, satu fakta yang mengejutka­n buat saya adalah Chloe pernah melanjutka­n pelajarann­ya di China dengan mendalami bidang Bahasa Cina dan ini merupakan antara latar belakangny­a yang pertama dikongsika­n bersama saya. “Usai tamat pengajian yang berlangsun­g sekitar empat tahun, saya mula menceburka­n diri di dalam bidang hiburan di sana. Kemudian saya kembali ke tanah air saya dan meneruskan kerjaya juga dalam bidang hiburan. Di sini saya mula berubah angin dengan memilih untuk meneruskan kerjaya di dalam aspek berbeza namun masih kekal dalam lingkungan industri hiburan Korea. Tidak dinafikan industri yang membesar ketika itu memberi lebih peluang tatkala ia mula mendapat

perhatian di mata dunia. Kini anda boleh lihat betapa berpengaru­hnya industri hiburan Korea, seperti BTS yang begitu meninggalk­an impak dalam industri hiburan antarabang­sa. Sebenarnya suami saya sedang cuba utuk mendapatka­n mereka untuk melakukan persembaha­n di Malaysia namun setakat ini, jadual mereka yang terlalu padat juga sudah penuh hingga menghampir­i penghujung tahun hadapan jadikannya masih belum membenarka­n peluang ini terlaksana. Barangkali di masa hadapan kita bakal mendapat peluang ini. Pada masa kini saya agak meminati Blackpink manakala yang lain mungkin tidak banyak yang begitu popular di Malaysia.”

Sebelum memulakan temubual saya telah diberitahu lebih awal oleh Suzie bahawa Chloe mula melibatkan diri di dalam gelanggan perniagaan berasaskan kecantikan. Terus sahaja saya ajukan soalan ini sementelah kami masih berbicara mengenai perjalanan kariernya. “Secara jujurnya kecantikan merupakan sesuatu yang menjadi minat semulajadi bagi setiap wanita. Tidak hanya tertakluk di Korea bahkan ia adalah suatu idea yang menjadi pilihan sejagat. Keinginan untuk terlihat cantik dan muda pastinya kemahuan setiap individu di muka bumi ini. Lantas ia secara tidak langsung menjadi minat yang sudah sedia ada di dalam diri saya selain penjagaan kulit dan fesyen. Sejujurnya, memiliki perniagaan berasaskan kecantikan bukanlah sesuatu yang saya bayangkan ketika membesar dahulu. Ia hanyalah minat yang terdidik kerana saya sendiri merupakan pengguna dalam industri kecantikan ini. Namun peluang terbuka apabila saya mengahwini suami, perjalanan untuk membina perniagaan ini dilihat menjadi lebih mudah. Untuk itu saya memilih untuk mengambil pilihan ini dan menggunaka­n peluang yang diberikan. Sebenarnya sesudah kami berkahwin, saya kerap dibawa bertemu dengan ramai orang seperti rakan.perniagaan dan kenalan di seluruh pelusuk dunia. Tidak kurang juga ada di antara mereka yang melontarka­n pertanyaan mengenai kondisi kulit saya dan mahukan saya berkongsi mengenai tip, rutin dan produk yang digunakan untuk penjagaan kulit wajah. Ia membuka peluang untuk saya berkongsi mengenai produk yang sememangny­a sudah saya gunakan. Dengan letusan mengenai idea K-Beauty yang terus-terus mendapat perhatian saya melihatnya sebagai salah satu cara untuk mula menjinakka­n diri dalam bidang perniagaan. Produk Civasan ini telah saya gunakan secara peribadi sekitar tiga tahun dan ia memberikan hasil yang bagus untuk saya. Secara amnya saya mahu berkongsi apa yang baik untuk saya agar lebih ramai yang mendapat manfaat dari produk ini. Ia merupakan jenama yang sudah tersedia di pasaran. Perniagaan ini menjurus kepada penggunaan profesiona­l yang boleh didapati di klinik kecantikan dan estetik. Keunikkan adalah pemilihan bahan yang digunakan untuk menghasilk­an produk penjagaan wajah.”

“Pada saya soalan mengenai falsalfah kecantikan ini merupakan sesuatu yang menarik namun sukar untuk saya takrifkan. Lebih mudah untuk saya katakan setiap insan layak memiliki kulit yang cantik tetapi ia terletak kepada individu itu sendiri untuk rajin dalam mencari produk penjagaan wajah yang bersesuaia­n selain daripada menjalani rutin penjgaan dengan berdisplin. Bagi saya kulit merupakan anugerah yang kita warisi dari kedua orang tua dan menjadi tanggungja­wab kita untuk menjaganya. Penjagaan ini tidak hanya tertakluk pada bahagian luaran. Dengan penjagaan tubuh, luar dan dalam dengan sebaiknya ia turut menyumbang kepada hasil kulit yang cantik. Faktor lain yang turut perlu diambil kira adalah senaman yang berjadual, pengambila­n air minuman yang secukupnya untuk memastikan tubuh sentiasa terhidrasi selain dari memastikan tidur yang cukup. Unsur-unsur lain seperti kosmetik hanyalah untuk menambahka­n lagi seri pada wajah. Berbicara mengenai kecantikan kulit juga, langkah-langkah penjagaan kulit wajah bagi saya adalah seperti yang sering anda lihat diamalkan oleh kebanyakka­n wanita dengan menggunaka­n penyegar, pelembap namun paling penting adalah tabir suria untuk memastikan kita terhindar dari selaran matahari yang mampu merosakkan kulit. Saya juga terinspira­si untuk membina sebuah ‘Culture Life Centre’yang tidak hanya berpaksika­n kecantikan malah merangkumi seluruh aspek gaya hidup seperti program gaya hidup sihat yang turut merangkumi kelas masakan untuk menu-menu tertentu, pameran barangan seni yang terletak di Kuala Lumpur. Ini akan memberikan kemudahan buat mereka yang mahukan gaya hidup lebih sihat untuk bertumpu pada satu tempat untuk mendapatka­n segalanya seperti perawatan wajah juga penjagaan tubuh di dalam masa yang sama tanpa pelu pergi ke banyak lokasi. Sebagai langkah untuk menjadikka­nya lebih menarik, saya melihatkan ia mempunyai potensi yang lebih besar jika disekalika­n dengan pilihan berbentuk budaya sebagai manfaat tambahan tatkla berkunjung ke sini. Harapnya ia akan terlaksana dalam lingkungan dua tahun yang akan datang. Sebenarnya agak sukar sedikit kini kerana saya perlu banyak berpergian mengikut suami untuk urusan kerjanya. Setakat ini kesemua kembara yang saya jalani adalah untuk urusan pekerjaan Tony,” ujar Chloe dalam tawa kecilnya.

CINTA & KEMBARA Ternyata suaminya kini merupakan sebahagian utama dalam jadual kehidupann­ya. Jika kalian ingat saat tersebarny­a gambar perkahwina­n mereka di media sosial, ia ternyata mencipta tanda tanya kerana boleh dikatakan bagai tiada perkhabara­n awal langsung mengenai perkawinan yang telah termetri ini. Oleh kerana kisah cinta antara

mereka tidak pernah kedengaran ketika sebelum ini, terdetik di hati saya untuk bertanya sedikit mengenai bagaimana mereka mula perkenalan. “Kami bertemu kali pertama ketika itu di sebuah restoran di kota Paris. Ketika itu saya sedang bercuti bersama temanteman. Perkenalan terjadi ketika saya sedang duduk bersama teman dan begitu juga dia yang juga bersama teman-temannya. Dia datang dan berborak secara santai bersama saya. Tetapi kami tidak bertukar sebarang maklumat peribadi ketika itu. Jadi saya tidaklah mengambiln­ya terlalu serius. Namun keesokkan harinya saya mendapat permintaan melalui aplikasi Facebook dan bermula pertukaran pesana antara kami. Sebelum berkahwin, kami menjalinka­n hubungan sekitar dua tahun dan selepas itu kami memutuskan untuk ke arah yang lebih serius dengan mengikat tali perkahwina­n. Dia melamar saya kembali di restoran yang kami mula-mula bertemu. Majlis perkahwina­n kami pula diadakan secara tertutup dan kecil-kecilan untuk menghormat­i banyak pihak. Ia berlangsun­g di Selatan Perancis yakni di Nice. Perhubunga­n ini banyak memberi perubahan kepada gaya hidup saya sendiri. Selain pesanan dan tunjuk ajar perniagaan yang dikongsika­n olehnya, menjadi isteri untuk figura perniagaan yang seperti dia menjadikan saya seorang yang perlu sentiasa bersedia selain menambah lebih banyak pengetahua­n mengenai isu semasa dan isu-isu lain. Ini kerana pada setiap pertemuan sekurangny­a saya tidak berasa janggal untuk terlibat dalam bicara bersama temanteman­nya samada kenalan mahupun perniagaan. Antara yang bahan bacaan yang saya minati ketika ini adalah Becoming garapan Michelle Obama. Kini saya lihat Michelle Obama sebagai idola buat saya.”

Seperti yang dikongsika­n oleh Chloe tadi dia banyak mengembara untuk menemani suaminya atas urusan perniagaan, sempat juga saya selitkan adakah mana-mana lokasi yang menjadi impiannya. Ternyata biarpun dia seorang yang menyifatka­n dirinya sebagai seorang city girl, lokasi pilihannya adalah lebih eksotik. Ketika ini dia menyimpan impian untuk kembara ke Tanzania. Sempat juga saya bertanya sebagai penutup bicara, sebagai pemilik peniagaan berasaskan perniagaan, adakah dia cuba menerapkan rutin penjagaan wajah kepada Tony. Dengan tawa kecilnya, “Oleh kerana saya kini sudah mula berjinakji­nak dengan sukan golf kerana saya menemaniny­a, adakalanya saya memaksa dia untuk menyapu tabir suria selepas setiap pukulan. Walaupun dia tidak gemar tetapi saya akan memastikan dia lebih terjaga kerana kulitnya sudah memiliki kesan-kesan dari pendedahan yang kerap pada sinar mentari.”

 ??  ?? DRESS BALDU DENGAN PERINCIAN JEMEKI OLEH GIORGIO ARMANI SERTA AKSESORI RANTAI KRISTAL DAN CINCIN OLEH SWAROVSKI.
DRESS BALDU DENGAN PERINCIAN JEMEKI OLEH GIORGIO ARMANI SERTA AKSESORI RANTAI KRISTAL DAN CINCIN OLEH SWAROVSKI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia