GLAM (Malaysia)

GLAM 101

- OLEH AIZAT AIDID

Androgynou­s Movement Jika dahulu wanita berpakaian dan berkelakua­n seakan lelaki adalah satu stigma yang dipandang cukup berat serta ia juga dikaitkan dengan kelompok haluan kiri. Namun, masih ada wanita yang punya karakter kuat untuk bebas bergaya yang dipinjam daripada dunia maskulin. Kini cita rasa androgynou­s sudah menjadi satu norma dalam kamus fesyen malahan diterima terbuka.

1. Item paling penting dalam dunia androgini adalah seluar yang mana ia adalah ceraian asas buat lelaki. Namun, ia menjadi satu medium para aktivis wanita untuk menampakka­n kausa sama rata lantas salah satu aktivis popular daripada Puerto Rico yang bernama Luisa Capetillo memberanik­an diri dengan memakai seluar untuk tanda protes. Pada 1919, dia disumbatka­n ke dalam penjara kerana cara pemakaian yang berwatak lelaki itu. 2. Dunia fesyen mula berani dengan mempersemb­ahkan koleksi bersifat androgini seperti sut paling ikonik bernama Le Smoking yang direka pada 1966 oleh mendiang Yves Saint Laurent dan Helmut Lang merakam model wanita dalam suasana yang cukup erotik. Imej ini bermain dengan jantina dan sensual yang mana garis tengah yang cukup kabur. Sut ini membuka lebih peluang untuk wanita bergaya ala maskulin. 3. Androgini bukan sahaja buat wanita, malahan ada juga selebriti lelaki yang mengangkat trend ini sebagai karakter mereka. Jimi Hendrix, Mick Jagger dan David Bowei adalah di antara jejaka yang selesa dengan trend ini. Mereka relaks menyarungk­an baju penuh perincian, jaket bunga yang cukup feminin malah, ada juga calitan solekan pada wajah untuk memebri ilusi kabur buat dua jantina berbeza. 4. Trend androgini bukan terhenti pada cara pemakaian, malahan ia turut memberi kesan pada dunia peragaan. Nama seperti Jenny Shimizu cukup kuat di kalangan orang fesyen kerana peragawati itu memberi injek maskulin dalam penataan gayanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia