GLAM (Malaysia)

DATIN X

-

Bukan mudah untuk kita membaca personalit­i seseorang dari sekadar first impression, tambahtamb­ah lagi di zaman ini. Manusia jenis kuat menipu amat ramai. Conman, conwoman… ada di merata-rata tempat. Kadang-kala darah daging sendiri pun ada jugak yang tidak boleh guna. Sampai ada yang sanggup menipu duit orang tua, adik-beradik jatuh bankrap garagara percayakan janji manis keluarga. Sungguh tidak berbaloi untuk berkorban harta dan wang ringgit pada individu-individu parasit, walau pun mereka itu pangkat saudara.

Datin X terpanggil untuk bercerita pasal seorang Datin yang kuat berlagak ini. Dalam lambakan watak-watak perempuan fake di Kuala Lumpur, yang dia ini memang antara pemenang. Maksud Datin X, bukan lelaki berpenampi­lan wanita, tetapi wanita yang kuat berpura-pura. Bermegah-megah di media sosial, tayang kaya berharta. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, semuanya berjenama belaka. Tapi ruparupany­a semua itu bak kata orang sekarang, propa sahaja. Oh well, so what? What else is new?

PARTI LIAR DI LUAR NEGARA Datin dan Datuk, kedua-duanya memiliki perniagaan sendiri. Walaupun begitu, bisnes Datin tampak lebih kencang biarpun banyak mulut yang memberitah­u semuanya indah khabar dari rupa. Datuk pula gaya sahaja macam businessma­n, lagak cakapnya memang hebat tetapi dia seakan bercuti selama 365 hari dalam setahun. Duit sentiasa masuk tapi kerjanya asyik mengekor isteri ke sana-sini. Datin dengan mulut becoknya memang sudah ramai sedia ketahui, sungguh licik gali lubang tutup lubang. Sudahlah begitu, banyak benar masa menjadi batu api melaga-lagakan orang.

Gaya macam muslimah, tapi kerap anjur parti liar tertutup. Siapa menyangka... demi perniagaan, sanggup berlakon alim-alim kucing. Padahalnya, kalau bab buat benda tak senonoh, dialah yang jadi kepala sebenarnya. Sanggup bayarkan tiket penerbanga­n ke luar negara berserta hotel penginapan untuk kawan-kawan, konon sebab mahu lebih privasi. Kalau joli katak di dalam negara, risaukan orang keliling pecah lubang nanti takut viral katanya. Hmm, kalau artis kita fahamlah juga. Tetapi Datin tersebut hanya seorang usahawan.

“Sedih betul Datin tu. Sanggup bayar tetamu untuk memenuhi kuota untuk parti maksiat dia. Dia memang suka melayan lelaki muda. Katanya sampai ke bilik tidur. Mana mungkin suaminya tahu. You nak tahu kenapa? Sebab suaminya pun sama... sering kami dengar dia check in hotel dengan perempuan lain!” Pandai-pandai betul semua orang ini bercerita, sepertikan mereka juga tinggal serumah dengan pasangan Datin dan Datuk itu!

Sebenarnya Datin X sendiri agak sangsi dengan kekayaan luar biasa Datin tersebut. Bisnesnya tidaklah sehebat mana, tetapi gaya hidup mereka suami isteri yang over-the-top memang nampak jauh mewah daripada orang lain yang memang sedia kaya. “Itu perkara biasa, Datin… memang semua tahu tabiat dia yang suka bermegahme­gah. Padahalnya, bank semua mengejar dan pekerjanya pun ramai yang lari. Memanglah semua sudah serik mahu kerja dengannya sebab gaji bayar lambat sedangkan bos tengah habiskan duit, berparti bersuka-ria di luar negara. Rakan niaga pun senyap-senyap sudah menjauhkan diri. Sebab Datin tu gila publisiti, hasil bisnes sepertikan tidak diambil peduli. Datin tak serius berniaga lalu menyusahka­n ramai pihak,” panjang lebar bebelan teman tadi. “Ingatkan bijak, rupa-rupanya dungu juga. Orang gila glamor memang begitu kut lagaknya…”

Datin X faham sangat. Dunia perniagaan memang banyak dugaan. Saingan itu biasa, kena kutuk dan mengata itu juga biasa. Kerana sudah jadi resam untuk orang berniaga juga ada musuhnya. Kita tidak minta tetapi hasad dengki beraja bila ada kaitan dengan wang dan harta. Musuh dalam selimut, musuh terang-terangan dan tidak kurang juga musuh yang bertopeng sebagai kawan. Datin tersebut pula terlebih berani kerana secara sengaja mengapi-apikan antara teman dan lawan. Demi meningkatk­an jualan, dia sanggup guna taktik kotor. Habis kawan-kawan seperjuang­annya - hidup, rumah tangga dan bisnes mereka semua berantakan akibat mulut bisanya menabur fitnah.

“Datin, you jangan percaya sangat dengan perempuan tu. Dia itu lidahnya bercabang. Kuat menipu. You ingat produk dia laku? Dia tu sembang saja lebih. Mana datang untungnya? Rumah-rumah mewah dia pun semuanya sewa. Konon entertain business partners… padahal semua tu nak kena con!” Marah benar dia dekat Datin tu. “Oh, macam ini stail sekarang ya? Kalau dulu, orang bisnes mahu lobi projek mesti sibuk tayang kereta. Sekarang ni kena show off rumah juga ke?” Sambut kawan Datin X tadi, “Of course! Takkan nak muat naik di Instagram rumah teres dua tingkat? Kata bisnes juta-juta!”

Datin X hanya kenal Datin tersebut by reputation. Tetapi bunyinya seperti ramai yang tidak berpuas hati dengannya. Ada yang menunjukka­n video Datin tersebut sedang high dan dalam keadaan yang berpakaian kurang kain. Tetapi Datin X rasa itu hak peribadiny­a, jangan kita pula yang menjadi pihak yang menyebarka­n. Nanti jadi kes naya pula. Lagi pun tuan badan bukannya spring chicken kerana umur pun sudah tak berapa nak muda, anak sudah berderet. Kalau betul dia itu berniat buruk pada orang, usah dilayan kerana hasad dengki itu sendiri akan memakan dirinya suatu hari nanti.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia