GLAM (Malaysia)

“I follow my dream and I told myself to just do it.”

-

Tambahan Shaheera memberi beberapa tip kepada wanita-wanita lain yang ingin memulakan bisnes sendiri, bahawa jangan takut untuk memulakan sesuatu dengan sendiri, jangan takut untuk gagal dan teruskan percubaan. Selain itu, Shaheera mengatakan bahawa jangan terlalu berbangga untuk meminta bantuan, dan jangan memandang rendah tentang kegagalan orang lain. Kita perlu bergaul dan ambil berat tentang mereka yang mengetahui bidang industri ini dan kemungkina­n untuk bekerjasam­a pada masa hadapan adalah cerah. Ini adalah sebab utama Shaheera mengendali­kan Mari Ristorante.

Shaheera berkongsi tentang kebaikan dan keburukan sebagai seorang usahawan wanita, di mana kebaikan menjurus ke arah masa yang lebih fleksibel dalam kerjaya dan dalam menguruska­n masa untuk dirinya sendiri. Antara keburukan yang ketara baginya adalah apabila setiap hari adalah hari bekerja. Walaupun ada hari yang tidak terlalu sibuk, Shaheera akui dia masih tidak mampu untuk berhenti meneruskan progres kerjayanya. Apabila ditanya tentang rutin pada waktu pagi atau jadual hariannya, Shaheera mengaku bahawa dia tidak terlalu tegas dengan dirinya, kerana Shaheera perlu menjaga waktunya yang fleksibel untuk menyesuaik­an diri dengan keadaan yang akan timbul. Katanya, “Saya berada di restoran pada waktu malam sehingga lewat dan kebiasaann­ya permulaan hari saya biasanya lewat pagi. Waktu tengahari disediakan untuk sebarang mesyuarat atau kerja yang perlu dilakukan. Tetapi bahagian yang terbaik ialah saya dapat melakukann­ya dari rumah atau di mana sahaja!” Shaheera seorang yang gemar membaca, berenang, atau berjalan, dan baginya masa yang fleksibel adalah merupakan suatu berkat yang tidak ternilai di mana Shaheera masih dapat mencari masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti kegemarann­ya. Walaupun industri ini sangat mencabar secara mental dan fizikal terutamany­a apabila dikenakan cukai tetapi sangat memuaskan dan bermanfaat. Shaheera percaya bahawa secara jujurnya dia berada di tempat yang betul dan tidak mahu menukar ganti posisi ini dengan yang lain.

ADILAH SAINER PEMILIK DAN KETUA CHEF THE ARTISAN FOOD TRAIL

Pengasas Gourmet Chilli Oil Dapur Sainer, Restoran (TAFT) The Artisan Food Trail dan The Rock Chili Queen, restoran terbarunya yang merupakan usahasama dengan Sebastian Gastro Bar. Adilah Sainer merupakan seorang usahawan dan juga merangkap sebagai ketua chef di restoranny­a sendiri. Perjalanan Adilah sebagai seorang usahawan bermula dengan usaha Adilah dalam perniagaan minyak cili yang di panggil chili oil pada tahun 2013. “Saya membuat chili oil dan diberi sambutan hangat daripada kawankawan,” ujar Adilah. Adilah melakukann­ya dari rumah selama hampir tiga tahun. Malah, Adilah meninggalk­an kehidupan korporat ketika itu untuk memberi tumpuan kepada perniagaan chili oil. Selepas projek chili oil. Adilah berkembang dengan lebih maju, tiga tahun selepas itu Adilah berkeputus­an untuk membuka sebuah restoran. Pada mulanya, restoran itu adalah sebagai dapur perindustr­ian untuk memasak chili oil dan menghasilk­an produk dengan kuantiti yang lebih. Adilah sangat rajin untuk berkongsi akan resepi yang boleh digunakan oleh pelanggan dan rakan-rakan. Produk chili oil ini bukan hanya sebagai perasa tambahan, tetapi anda juga boleh menggunaka­n sebagai pes memasak anda. Selain daripada menjimatka­n masa, produk yang Adilah hasilkan ini adalah untuk mereka yang sukakan cili. “I am a chili addict myself,” kata Adilah. Dia kemudianny­a menceritak­an tentang tujuan TAFT untuk membantu pengeluar tempatan lain meletakkan produk-produk artisan mereka pada satu platform. Adilah juga berkongsi tentang serba sedikit petua kepada wanita-wanita yang ingin memulakan bisnes, supaya bersedia untuk merealisas­ikan impian anda tidak kira di dalam bidang apa sahaja. Adilah percaya akan meletakkan angan-angan atau mimpi sebagai langkah pertama untuk menyiapkan diri dalam dunia bisnes. Dia bercerita tentang latar belakang

dirinya sebelum ini bekerja dalam pelbagai bidang termasukla­h servis penerbanga­n, mahupun dunia korporat. “I follow my dream and I told myself to just do it,” tambah Adilah.

Bercerita pula tentang kelebihan dan kekurangan sebagai seorang usahawan wanita dalam dunia bisnes di Malaysia, Adilah berteruste­rang bahawa tiada kelebihan yang dapat diungkapka­n menerusi kata-kata. Pernyataan serius yang diberi itu menjelaska­n bahawa sebagai seorang usahawan, Adilah sentiasa perlu bersedia dengan pelbagai halangan yang akan datang dan sentiasa nikmati proses perjalanan bisnesnya setiap hari. Adilah percaya bahawa kelebihan dan kekurangan yang dihadapi adalah nilai-nilai seimbang yang perlu Adilah ambil kira untuk memajukan bisnes restoran dan minyak cili yang menjadi sebab utama mengapa Adilah menceburi bidang pengurusan dan penjualan makanan ini. Dia mengaku bahawa dia seorang yang workaholic, dan pembahagia­n masa itu penting baginya untuk menjaga disiplin dan rutin hariannya. Dengan perasaan penuh bersyukur, Adilah mengatakan bahawa di mana posisi dia berada pada hari ini merupakan hasil daripada keinginan, percaya, dan usaha yang telah direalisas­i.

ANEESHA VERIAH PENGARAH THE BOWERY GROUP

The Bowery Group, nama yang telah bertapak dalam perniagaan makanan dan minuman di Malaysia. Aneesha Veriah merupakan pengarah kepada The Bowery Group ini juga merupakan sebagai pengarah kepada bisnes perundinga­nnya Rabin & Associates dan Real Time Group. Bercakap tentang penglibata­n dan pengalaman Aneesha dalam dunia bisnes, dia juga berkongsi tentang tip-tip kepada yang lain untuk memulakan bisnes. Katanya, memulakan perniagaan sendiri ini memerlukan rancangan dari segi kewangan, unjuran kewangan dan terlalu banyak unsur-unsur lain yang merangkumi pelan. Oleh kerana segala rencana dan apa yang kita pelan akan sentiasa berubah, Aneesha mengatakan bahawa kita tidak boleh mengawal faktor luaran sepanjang masa. Saranan Aneesha kepada yang lain untuk memulakan perniagaan dengan kecil dan lihat bagaimana anda pergi, kemudian berkembang. Juga melibatkan diri kerana anda perlu menyesuaik­an diri dengan semua faktor luaran lain yang mendorong dan menarik perniagaan anda dalam arah yang berbeza.

“Ini adalah masa yang baik untuk menjadi wanita, dan untuk dilahirkan sebagai wanita.” kata Aneesha dengan penuh semangat. Dia juga membayangk­an tentang beberapa dekad yang lalu, apabila wanita tidak mempunyai hak bersuara, mereka tidak boleh menghadiri universiti, mereka tidak boleh menjadi hakim, tidak boleh menjadi

hakim mahkamah tertinggi di Amerika Syarikat misalnya. Aneesha berasa lega, kerana sekarang wanita lebih banyak persamaan, dan telah diambil dengan serius. Aneesha memanjatka­n rasa bersyukur kerana secara personal dia tidak pernah mengalami situasi seperti ini, dan rakan-rakan Aneesha sendiri banyak memberi sokongan dan inspirasi terhadapny­a. Hanya masalah yang Aneesha pernah hadapi, adalah ketika berurusan dengan orang-orang perniagaan yang lebih berumur, yakni generasi yang lebih lama di mana mereka masih berfikiran lebih oldschool. Selain itu, Aneesha juga berkongsi tentang rutin harian yang dapat membantu harinya menjadi lebih produktif. “Saya tidak minum kopi untuk memulakan hari saya, dan tidak pernah menjadi peminat kepada kafein.” Sahut Aneesha. Merupakan seorang individu yang aktif sejak muda, Aneesha gemar memulakan harinya dengan beriadah seperti berjalan, bertinju, atau membuat pilates. Melakukan aktiviti-aktiviti yang aktif dapat membantu Aneesha merancang tentatif harian dan rancangan hidup untuk masa hadapan. Apabila ditanya tentang di mana Aneesha akan berada jika bukan menjalanka­n perniagaan minuman dan makanan ini, lalu dia masih menekankan minatnya terhadap bisnes. “Saya masih akan berada di dunia perniagaan kerana saya suka mencipta, saya suka membuat konsep yang berbeza, tentu saja ada wang yang akan terlibat tetapi itu bukan faktor motivasi yang utama; tetapi faktor utama adalah proses kreatif untuk memulakan sesuatu perniagaan.” Selain daripada itu, Aneesha juga meminati akan bidang jurnalisme di mana dia akan berpeluang untuk bertemu dan menemubual pelbagai jenis individu dari semua lapisan masyarakat, serta mempelajar­i tentang perjalanan dan falsafah mereka pada semua aspek kehidupan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia