Kami mengalu-alukan pendapat anda. E-mel glam@bluinc.com.my atau komen di laman sosial kami,
GLAM Malaysia @glammalaysia @glammalaysia
-
Oleh AIZAT AIDID Gambar RAZ LYANA RAZLAN
Jika melihat laman sosial media juita yang satu ini amat tertarik dengan setiap gayanya yang merai rasa kewanitaan yang seksi. Raz Lyana Razlan tahu apa karakter diri sebenarnya dan diterjemahkan pada setiap gaya harian yang mempunyai rasa cukup feminin dan dimadu dengan sentuhan tough. Gadis berumur 22 tahun kini masih belajar di London College Of Fashion dalam jurusan Fashion Visual Merchandising & Branding. Jenama fesyen yang digilainya sekarang adalah Susan Alexandra dek kerana rekaan yang quirky dan sarat warna.