DATIN

GLAM - - Glam Butik -

Kita sekarang berada di ambang zaman yang mana modenisasi membuka kepada pelbagai jenis cabaran baru yang amat menduga. Namun semoden mana pun kita, asas agama harus kekal utuh. Sebagai manusia, pasti ada masanya kita akan tersasar daripada jalan kebenaran. Lebih parah, demi social acceptance, sesetengah daripada kita sanggup menjual agama. Hanya disebabkan duduk semeja dengan golongan yang meminum arak, dek kerana tidak mahu dianggap kolot, kita pun sama mabuk sekali. Konsep keterbukaa­n tanpa batas yang sedang diwar-warkan masa kini juga jelas menghancur­kan jati diri anakanak kita. Seperti anak kawan Datin X yang dikatakan sudah murtad di luar negara dan sekarang terus melarikan diri, gagal ditemui lagi.

Semalam Datin X menerima panggilan daripada kawan berkenaan. Lama sudah tidak mendengar suaranya. Orangnya dulu memang jenis happy go lucky, sentiasa buat orang kelilingny­a ketawa dengan gelagat spontannya. Tapi panggilan malam tadi, Datin X rasa sepertikan berbual dengan orang lain. Suaranya lemah seperti orang tidak cukup tidur. “You still remember my daughter, Julia? The one living in the States? Dah lebih setahun Julia hilang tanpa khabar berita. Dia dah tutup semua akaun Intagram dan Facebook, mesej dan panggilan telefon pun tidak pernah berjawab. Baru-baru ni, when I called, nombor Julia sudah tidak digunakan lagi. Saudara-mara dan kawan-kawannya di sini juga sudah tidak lagi dihiraukan, malah mereka juga diblok terus daripada menghubung­inya,” keluh teman tadi dalam nada kecewa.

ANAK HILANG DI NEGARA ORANG

Julia sudah lama tinggal di Amerika Syarikat, semenjak dia mula menuntut lagi. Entah sudah berapa banyak kekasih Mat Saleh bersilih ganti, sampailah dia bertemu dengan seorang lelaki Latin ini. “My husband and I made a point to go see here twice a year… sebab Julia tidak gemar bercerita dan suka berahsia. I kena pergi tengok dengan mata kepala sendiri, apa yang berlaku di sana. My daughter hidup serba kurang, semuanya gara-gara ikut boyfriend. I told her that she could have a better life, living with us in KL. Tapi dia degil, tak mahu balik!” Ibu Julia sebenarnya kurang berkenan dengan Latin boyfriend itu kerana katanya lelaki tersebut jenis senang naik tangan. Kediaman yang diduduki juga dikhabar menyedihka­n. Akibat asyik berpindah, Julia sendiri tidak lagi mampu berkerja dalam industri yang berkaitan dengan kelayakan akademikny­a.

“Relationsh­ip on and off selama tujuh tahun. Dalam pada itu Julia beberapa kali juga berpindah randah, terbaru dengarnya dia sekarang menetap di kawasan West Coast. I cuba juga contact Latin boyfriendn­ya itu baru-baru ini, tapi rupa-rupanya mereka sudah hampir setengah tahun berpisah. Dia beritahu, my Julia sudah berkahwin dengan entah Mat Saleh mana dan upacara dilakukan di chapel, somewhere in Las Vegas.” Habis tu, maksudnya Julia sekarang sudah tukar agama atau apa? Dalam nada suara bergetar, ibunya membalas, “It seems like it.” Astaghfi rullah, urut dada Datin X mendengarn­ya. Teman Datin X kemudianny­a menambah, memberitah­u yang anak lelaki sulungnya ada pergi Amerika Syarikat untuk mencari adiknya. Dia pergi ke tempat kerja lama Julia, namun tiada seorang pun yang mahu buka mulut. Sekarang ini si bapa sedang berkira-kira mahu mengupah seorang penyiasat persendiri­an untuk mencari Julia yang kini entah di mana menghilang nun jauh di tanah asing.

Apabila perkara sebegini berlaku, kita harus cari hingga ke akar umbi akan apa penyebabny­a. Kawan Datin X itu memang sejak dulu lagi gemar ke Amerika Syarikat bersama ahli keluargany­a, memandangk­an dia juga ada cabang perniagaan di sana. Setiap kali Krismas, pasti itulah destinasin­ya… rai Krismas macam dia tu Kristian. Kemudian mereka sekeluarga akan ke Las Vegas untuk berjudi. Anak-anak yang masih muda juga turut dibawanya, masuk ke dalam untuk berjudi bersama-sama. Saban tahun rutin sama, sudah seperti suatu tradisi keluarga pula. Kawan Datin X ini wanita berkerjaya, sama seperti suaminya yang ambitious. Anak-anak membesar dalam jagaan sekumpulan pembantu rumah, tatkala ibu bapa sibuk di luar.

Kawan Datin X kini sudah bersara dan tidak lagi berkerja. Suami sudah beberapa tahun meninggal dunia. Keseoranga­n dia duduk di dalam rumah agamnya apabila anak-anaknya, satu demi satu meninggalk­an rumah sebaik habis sekolah. Jarang sekali menjenguk ibu yang kesepian sendiri di rumah, cuma bertemanka­n pembantu-pembantu rumah yang sengaja dibiar terus berkerja bagi memeriahka­n suasana banglo tiga tingkat yang teramat sunyi di puncak bukit di tengah-tengah ibu kota. “Hidup ini pelik ya... satu masa kita rasa kita ada semua, tapi di hujung usia… begini rupanya. Anak-anak I dulu semua pandaipand­ai. You know, my eldest was a Mensa student? Sekarang bila dah besar, semuanya keluar rumah tinggalkan I. Amat jarang datang rumah untuk jenguk maknya, telefon apatah lagi. I call nak belanja makan pun jenuh benar, masing-masing katanya sibuk sangat. And now, Julia… entah bila I akan dapat peluang untuk jumpa dia lagi. Maybe never…”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.