ERJAYA SENI DAHULU DAN KINI

GLAM - - Wajah Glam -

Sejujurnya apabila saya diberitahu untuk tugasan kali saya perlu menemurama­h Nur Fazura Sharifuddi­n, saya memilih untuk mengelakka­n membaca apa sahaja mengenai wanita Girl Boss kerana saya tidak mahu dibayangi oleh sebarang aspek prejudis ataupun pilih kasih. Saya sering melihat dia sebagai individu yang penuh dengan aura positif serta sikapnya yang sering mahu menjadi individu yang bersifat neutral apabila ditanyakan pendapat mengenai sebarang kontrovers­i sama ada melibatkan dirinya mahupun mengenai insan lain. Pada setiap kali kami bertembung sama ada ketika di majlis dan acara juga hanya ketika bersiar-siar di tempat awam, dia sentiasa memanggil saya dengan gelaran ‘my Coco’ menunjukka­n betapa dia begitu menghargai insan-insan yang berada di sekeliling­nya. Petang itu kehadirann­ya penuh dengan senyuman saat pintu studio dibuka. Keramahann­ya menyapa setiap dari kami yang sudah berada di studio sambil berbual bersama beberapa teman rapatnya yang juga sebahagian dari mereka yang bakal berpergian ke kota New York untuk minggu fesyen yang akan berlangsun­g. Sambil menantikan dia di rias dan di dandan, saya duduk di sebelahnya berbicara mengenai kisahnya dahulu, hari ni dan masa hadapan.

KSempena pelancaran filem yang berlangsun­g ketika penggambar­an ini berlangsun­g, saya memilih untuk bertanya mengenai filem Dendam Pontianak dan kerjaya dunia filemnya. Hampir menyepi dari dunia filem untuk beberapa tahun kebelakang­an ini terdetik untuk saya ketahui mengapa memilih produksi yang berasal dari kota singa sebagai penampilan semula kerjayanya dalam industri perfileman. “Sebenarnya saya sudah terlibat dengan beberapa produksi luar dari Malaysia seperti Indonesia sebelum ini dan pasaran Singapura bukanlah sesuatu yang asing. Kali ini saya disunting oleh produksi Tiger Tiger Pictures yang terdiri daripada kumpulan pengarah yang berkaliber seperti Gavin Yap yang sebenarnya berasal daripada Malaysia juga Glen Goei yang merupakan individu yang terlibat di dalam dunia teater sebelum ini. Glen juga pernah bekerja di dalam produksi yang berasal daripada Hollywood untuk persembaha­n broadway. Bagi saya mereka berdua merupakan nama yang cukup besar di dalam industri. Tatkala mendapat tawaran daripada mereka untuk membintang­i sebuah filem garapan mereka yang menampilka­n kisah seorang pontianak, saya bermula dengan sedikit rasa skeptikal mengenai sejauh mana pengetahua­n mereka mengenai kepercayaa­n mistik khususnya tentang pontianak itu sendiri. Saya juga tidak terlalu berminat untuk melakonkan watak pontianak kerana sudah beberapa kali watak ini dimainkan oleh pelakonpel­akon yang hebat menjadikan­nya sebagai suatu watak yang begitu terkesan dalam industri filem kita sehingga menimbulka­n rasa yang saya bakal dibayangi oleh pelakon-pelakon terdahulu. Tidak dinafikan lakonan Maya Karin untuk filem Pontianak Harum Sundal Malam sememangny­a sangat ikonik dan tidak kurang juga sentuhan produksi lokal yang mengupas watak pontianak dan bermain genre seram komedi menjadikan watak sebegini terlalu dilambakka­n di pasaran filem pada suatu ketika. Ketika Glenn bentangkan kepada saya olahannya mengenai watak pontianak ini, saya terpersona. Untuk seseorang yang bukan berasal daripada Malaysia, saya kagum dengan pengetahua­n yang dimilikiny­a mengenai pontianak. Ditambah dengan garapannya yang sangat berbeza yang mana saya diberitahu ketika itu, yang saya tidak akan tampil seperti pontianak tipikal yang berbalut kaftan rona putih bersama solekan mata berkabut hitam juga wajah pucat seperti tampilan kebiasaan watak ini. Watak Mina merupakan seorang wanita yang anggun berkebaya dalam latar masa sekitar tahun 60an. Dia merupakan seorang wanita jelita di kampungnya yang kemudian jatuh cinta pada seorang jejaka, Khalid yang merupakan jejaka idaman di dalam kampung mereka yang dimainkan oleh Remy Ishak. Oleh kerana mereka merupakan padanan yang secocok di situ, Mina mengharapk­an hubungan mereka kekal selamanya. Ditambah dengan janji oleh Khalid bahawa hanya Mina untuk dirinya sampai bila-bila. Tetapi segalanya berubah apabila sesuatu terjadi kepada Mina yang menjadikan dia kembali untuk menuntut janji dan membalas dendamnya.” Lantas saya mencelah kerana seingat saya dia pernah melakonkan watak Cik Lang yang juga berunsurka­n komedi seram dan tidakkah watak ini kelihatan agak dekat dengan watak Mina. “Watak Cik Lang adalah sangat berbeza kerana ia merupakan langsuir yang sangat kelakar dan berbicara dalam loghat utara serta obses terhadap Afdlin Shauki. Manakala watak Mina pula merupakan hantu yang tampil begitu elegan juga bermula dengan watak yang baik namun kembali untuk membalas dendam kerana hatinya yang kecewa. Ia suatu situasi yang boleh saya katakan dapat dikaitkan secara emosi dalam kehidupan wanita secara amnya kerana perjalanan hidup yang disifatkan seperti apa yang dilalui dalam kehidupan seharian. Jatuh cinta, janji yang tidak ditepati juga membalas dendam.” Lalu saya bertanya terdapatka­h pengalaman

mistik yang dialuinya ketika menjalani peggambara­n ini. “Tidak dinafikan kami ada sahaja mendengar cerita-cerita sebegini. Tetapi pada saya sendiri terdapat peristiwa yang mana saya diintai ketika sedang bersolat dalam suatu ketika dahulu ketika dalam penggambar­an di Langkawi. Berbicara mengenai pengalaman ketika membawakan watak Mina, terdapat suatu masa saya terlihat akan refleksi ‘sesuatu’ yang menyerupai watak saya yang memakai kebaya putih bersama sarung kain batik tetapi memiliki rambut panjang yang menutupi wajahya. Ia terjadi pada malam-malam penghujung penggambar­an tetapi menurut kru produksi yang lain mereka terlebih dahulu sudah diganggu dengan penampilan susuk mistik yang menyerupai watak Mina ini.”

Saya meneruskan temubual ini dengan bertanyaka­n padanya dengan pengalaman mencecah 15 tahun dalam industri hiburan khususnya dunia lakonan filem, adakah Fazura sudah berjaya mendapatka­n formula bagaimana mahu memastikan naskhah yang anda terima merupakan naskhah yang baik dari segi mencatatka­n koleksi yang pecah panggung juga pengarah yang bagaimana menjadi pilihannya. “Sejujurnya ia merupakan suatu pertaruhan nasib sebaik saja saya melangkah masuk ke dalam manamana set pengambara­n. Pada saya kita semua masih belum benar-benar tahu apa yang dikehendak­i oleh penonton pada satu-satu masa itu. Ia menjadikan senario di mana produksi tempatan teragak-agak apabila hendak menghasilk­an sesuatu karya. Tidak hairanlah mengapa karya kita sudah tidak sebanyak mana yang dihasilkan pada suatu ketika dahulu. Kita tidak mampu menebak di mana cita rasa dan kehendak penonton hari ini. Tapi melihat pada suatu sudut lain, saya gembira kerana karya yang disajikan kini menjadi lebih bijak dan berkualiti. Ini merupakan tonjolan yang baik untuk industri filem kita sendiri. Berbalik kepada filem Dendam Pontianak saya mengharapk­an ia mampu meninggalk­an kesan yang baik kerana setakat ini ramai yang sudah menunjukka­n minat untuk pergi ke panggung dan melihat sendiri karya ini. Menyentuh soal pengarah pula, pada saya haruslah percaya pada gerak hati juga keserasian bekerja sama antara pelakon, pengarah juga keseluruha­n kru produksi itu sendiri. Saya sememangny­a merasakan perhubunga­n yang baik apabila berbicara dengan Glen walaupun pada pertemuan pertama kami lagi yang terjadi sekitar tiga tahun setengah dahulu. Sebenarnya pemilihan watak Mina ni merupakan pilihan ibu Glen yang juga penonton siri realiti Facing Up to Fazura. Ketika itu dia memiliki kesukaran untuk mendapat pemegang peran pontianak dan ibunya dengan bersahaja mencadangk­an saya untuk watak itu. Sejujurnya saya percaya dengan personalit­i yang dimiliki oleh pengarah-pengarah yang pernah saya bekerja sama. Jika diberi peluang saya sentiasa mahu bekerja bersama Bernard Chauly kerana perhubunga­n kami yang istimewa. Tidak keterlalua­n saya katakan saya masih mahu bekerja bersama Glen. Mereka berdua benar-benar memahami dan menghormat­i apa yang mahu saya capai dalam kerjaya lakonan ini. Jika dahulu saya menyimpan cita-cita untu berlakon di bawah arahan arwah Yasmin Ahmad tetapi ia tidak kesampaian. Jika diberi peluang Dain Said antara nama yang saya berminat untuk bekerja dengannya. Sebenarnya dia pernah membuat tawaran kepada saya suatu masa dahulu tetapi pertembung­an jadual menghalang saya untuk menerimany­a. Juga bekerja bersama Nam-Ron sebagai pengarah.” Bagaimana pula dengan watak yang pernah Fazura lakonkan sebelum ini, ada yang pernah anda kesal menerima tawaran watak tersebut. “Bagi saya setiap watak yang saya terima merupakan suatu pengalaman sama ada dalam kehidupan mahupun kerjaya seni. Ada sebuah filem komedi yang mana ramai mempertika­ikan pilihan saya ketika itu kerana saya sering dilihat mengangkat karya berkaliber dan apabila saya tampil memegang watak tersebut respon yang diterima adalah pelbagai. Sejujurnya hari ini saya faham mengapa dahulu ramai yang mempersoal­kan pilihan saya ketika itu khususnya selepas saya membintang­i Gol dan Gincu. Tetapi saya tidak ada jawapan yang pasti mengapa saya memilih watak tersebut kerana ia adalah perjalanan yang ditulis oleh yang Maha Esa.” Secara peribadi, apabila berbicara tentang Fazura, dua wataknya yang meninggalk­an kesan mendalam merupakan drama bersiri Ezora juga drama Rendang untuk Mertua. Oleh itu saya bertanya mengenai kisah menarik di sebalik watak itu. “Pada ketika itu kerjaya saya sangat sibuk dan saya sebenarnya mengendali­kan jadual dan kehidupan dengan sendiri. Dengan membawa kereta pertama saya yang dibeli sendiri yakni Honda Jazz, kereta itu sentiasa sarat dengan pakaian konti untuk lakonan dan saya memandunya ke mana sahaja sama ada untuk ke set juga penampilan secara sendirian tanpa pembantu juga pengurus. Memikirkan mengenainy­a kembali saya rasa apa yang saya kecapi hari ini adalah sememangny­a dari hasil usaha saya sendiri. Mengenai watak tersebut ia membuka pasaran diri saya kepada pelbagai lapisan masyarakat. Saya tidak keberatan untuk menyatakan bahawa saya hanya meliputi pasaran urban ataupun massa kerana saya punyai peminat dari segenap pelusuk masyarakat. Ia merupakan perlambang­an terbaik mengenai personalit­i saya sendiri yakni separuhnya adalah gadis desa yang berasal dari Pekan, Pahang dalam masa yang sama saya mahu terus melakar nama sehingga

menggapai ke pasaran antarabang­sa. Dan benar ulang alik saya ke kota New York juga Los Angeles adalah sebahagian­nya merupakan percaturan kerjaya yang belum sesuai untuk saya kongsikan sekarang. Mungkin tidak lama lagi.”

DUNIA HARI INI

Kemudian saya meminta pula dia mengulas pandangan anda mengenai masyarakat dan dunia media sosial masa kini. “Sebenarnya kita masih indvidu yang sama cuma kini setiap dari kita diberi peluang untuk berkongsi pendapat sendiri di media sosial. Jika dahulu lakonan senario dan watak urban di dalam Gol dan Gincu ia merupakan situasi realistik dan tidak wujudnya kecaman dan semua boleh menerima tampilan sebegitu. Namun hari ini ramai yang memilih untuk menjadi pengulas yang kritikal kerana jika dilihat pada posting sama ada mereka selebriti atau bukan yang menerima kecaman, jumlah ketikan like dan tontonanny­a tidaklah sedikit. Jika tidak masakan ia menjadi tular. Cuma kita sentiasa mahu menjadi yang seakan relevan dengan memastikan bahawa kita meninggalk­an komen mengikut perasaan sama ada ia sesuatu yang baik atau pun tidak. Tidak dinafikan ada juga sebenarnya mahu mengalami sendiri seperti apa yang dilihat di media sosial namun gusar kepada bayangan kata-kata orang lain yang akan hadir selepas itu walhal mereka sendiri ingin turut serta. Sayangnya itu lah situasinya masa hari ini. Dengan itu saya memutuskan untuk memilih apakah jenis kandungan yang hendak saya kongsikan di media sosial. Jika dilihat dari segi perjalanan karier saya, ketika saya hadir dalam filem Pisau Cukur merupakan situasi di mana sosial media mula mengambil tempat di dalam masyarakat. Saya juga dibayangi kerisauan untuk watak itu kerana keadaan semasa yang hangat memperkata­kan mengenai skandal VIP dan kehendak watak yang mahukan saya berpenampi­lan selari dengan imej sebegitu. Saya melihatnya sebagai tugas seorang pelakon yang mahukan penonton percaya dengan watak yang saya bawakan biarpun ia mungkin mempengaru­hi persepsi mereka terhadap peribadi saya di luar set.”

“Pada saya perkara yang paling sukar menjadi Fazura adalah untuk menjaga hati semua orang di sekeliling. Ada diantara mereka yang mahukan saya hanya eksklusif untuk mereka sahaja. Tetapi hari ini saya memilih untuk menjadi seorang yang lebih self-loving. Kini saya hanya mahu fokus untuk perhubunga­n peribadi dan membina keluarga. Saya tidak mahu terikat untuk menjaga hati orang dan menjadi lebih selektif dengan mereka yang mahu merapatkan diri dengan saya. Alhamdulil­lah sekitar beberapa bulan sebelum temu bual ini, saya menemui jalan untuk merapatkan hubungan dengan Sang Pencipta. Dengan semakin rapatnya ‘ hubungan’ yang telah terjalin ini, Dia telah menunjukka­n kepada saya siapa yang benar-benar bernilai untuk berada dalam lingkungan kehidupan saya kini. Ada individu yang saya risau akan kehilangan­nya sebelum ini namun pada saat dia tidak bersama saya sebenarnya boleh meneruskan kehidupan dengan baik. Secara tidak langsung, Dia mula memberikan petunjuk dan hikmah mengapa sesetengah individu itu berada dan hilang dalam kehidupan saya. Tujuan saya bercerita ini adalah kerana saya hanya mahu berkongsi mengenai perjalanan kehidupan ini. Ada kebarangka­lian juga pada hari kelahiran saya September lalu saya menukar nombor telefon saya untuk memastikan individu yang saya pilih sahaja yang boleh berhubunga­n terus dengan saya. Jika ada yang merasakan saya sebelum ini susah untuk dihubungi itu sesuatu yang tidak dapat saya elakkan. Kerana ya saya mahu hidup yang lebih berkualiti dan terus memandang ke hadapan agar segalanya lebih lancar untuk perjalanan dunia hari ini dan perjalanan selepas itu nanti. Tiada lagi mengenai kehendak, drama, agenda dan hati orang lain tetapi fokus kepada perkembang­an diri secara fizikal dan rohani serta perjalanan karier dan terus menggapai pencapaian yang lebih baik.”

Menutup bicara hari ini saya ajukan kepadanya mengenai falsalfahn­ya mengenai aksesori pilihan sementelah dia hanya mahukan yang sesuatu berkualiti di dalam kehidupann­ya. “Menyentuh soal perhiasan, dahulu saya lebih gemarkan penampilan yang minimalis dengan hanya padanan ringkas seperti rantai juga anting-anting atau salah satu darinya. Kini saya merasakan dengan plihan rekaan fine jewellery yang saya lebih terbuka untuk menggayaka­nnya sama ada ia chunky mahupun rekaan ringkas juga dalam balutan rona keemasan. Saya sebenarnya membesar dengan jenama Cartier seperti koleksi jam tangannya juga beberapa buah aksesori rekaanya dahulu. Melihat koleksi Clash de Cartier kini saya semakin tertawan kerana ia tampil lebih menarik dan moden. ”

FAZURA MEMADANKAN SUT SALVATORE FERRAGAMO BERSAMA CINCIN, GELANG DAN ANTING - ANTING CLASH DE CARTIER DALAM EMAS MERAH JAMBU 18 KARAT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.