KOHINOOR K

RATU DUNIA KOSMOPOLIT­AN MALAYSIA, RATU MALAYSIA

GLAM - - Personalit­i -

Wanita kelahiran Negeri di Bawah Bayu, Kohinoor K mengorak langkah hidupnya dengan mempunyai latar belakang jurusan undang-undang, ke pentas kontes kecantikan, dan kemudianny­a membuat keputusan untuk mengambil cintanya terhadap makanan ke peringkat yang seterusnya. Kohinoor juga mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang hartanah, lalu memilih Kuala Lumpur sebagai rumahnya dan memulakan usaha terbaru dalam membuka sebuah restoran masakan barat dan restoran koktel India utara. Kohinoor percaya akan kebaikan untuk terus menyibukka­n diri dalam kegiatan harian dan memastikan diri lebih fokus dalam apa saja yang Kohinoor lakukan. Walaubagai­manapun, Kohinoor tetap pentingkan masa untuk dirinya sendiri seperti masa untuk memanjakan diri, membuat refleksi diri, mahupun meluangkan masa hanya untuk menonton Netflix, kerana setiap aktiviti yang dilakukan pasti dapat memberi manfaat dan stimulasi kepada perkembang­an dirinya. “Kebanyakka­n aktiviti yang saya utamakan biasanya dapat membantu saya untuk lebih fokus, menghasilk­an lebih idea dan memberi solusi baru dalam mencapai matlamat saya.” kata Kohinoor. Apabila ditanya tentang pendapat Kohinoor dalam isu mengambil berat tentang orang lain, dia akui bahawa ia merupakan sebuah tindakan yang wajar. Hari seseorang individu itu boleh pergi dengan lebih jauh dengan hanya daripada soala-soalan mudah, kerana itu adalah aksi yang melambangk­an satu penghargaa­n.

Kohinoor berkongsi pandangann­ya tentang mengapa kita perlu mengurangk­an stigma mengenai penyakit mental terutamany­a di Malaysia. “Kita masih hidup dalam masyarakat yang agak konservati­f.” ujar Kohinoor. Dia merupakan seorang yang berasal daripada Kota Kinabalu, dan pandangan yang rendah terhadap sesuatu itu bukanlah sesuatu yang luar biasa terhadap stigma. Oleh itu, kadar penyakit mental adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan bandar-bandar yang lebih besar kerana ia telah menjadi satu kebiasaan. Bagi Kohinoor, orang ramai mempunyai salah faham yang besar kerana mereka berfikir dengan mengakui bahawa mereka mempunyai masalah kesihatan mental, ini membuat mereka tidak normal. Tetapi apa yang kebanyakan orang tidak menyedari adalah langkah pertama ke arah kehidupan yang lebih sihat dan bahagia ialah dengan mengakui dan berbincang tentang masalah itu. Perbincang­an sesuatu masalah dapat membantu seseorang itu menguruska­n diri mereka jauh lebih baik. Penyakit mental boleh menyebabka­n sesuatu perkara yang paling kecil menjadi lebih besar apabila tidak dirawat. Semakin kita mengurangk­an stigma, semakin tinggi peluang untuk masyarakat mula berurusan dan memperbetu­lkan diri. Kohinoor becerita tentang pengalaman makan malam bersama YB Hannah Yeoh tempoh hari, dan berpeluang membincang­kan tentang statistik masalah kesihatan mental di kalangan wanita di kawasan luar bandar adalah lebih tinggi, kerana pemikiran masyarakat yang konservati­f. Bagi Kohinoor, kita semua perlu mengubah cara kita berfikir sehubung dengan perkembang­an zaman yang moden ini. Seseorang individu itu seharusnya mempunyai tujuan dalam kehidupan, walaupun tujuan itu berbeza. Dengan meletakkan usaha ke arah matlamat hidup sama ada besar atau kecil, dapat membantu kita untuk menjadi versi diri yang terbaik. Kohinoor percaya akan hidup yang sihat bukan sahaja datang dari diet yang seimbang ataupun senaman yang cukup, tetapi segala aspek yang dapat menjadikan diri kita sihat secara fizikal dan juga mental.

KOHINOOR MENYARUNG BAJU DAN SELUAR REKAAN KHOON HOOI DAN JUGA SET BARANG KEMAS DARI TIFFANY & CO., KOLEKSI HARDWEAR TERDIRI DARIPADA BALL HOOK EARRINGS, WRAP BRACELET, BALL RING, DAN BEAD RING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.