GLAM (Malaysia)

TYA ARIFIN

PENGASAS JAMU MUTYARA

-

Siapa sahaja yang tidak mengenali wanita cantik kelahiran Indonesia, Tya Arifin, 25, yang juga menantu kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Pada saat saya menjemput si cantik manis ini di studio Blu Inc, saya berfikir bagaimana perwatakka­nnya, adakah dia sukar untuk didekati. Namun telahan saya salah sama sekali. Dia seorang yang polite dan peramah. Hampir setiap orang ditegurnya dengan penuh hormat. Wajahnya cantik tanpa secalit mekap dan masih langsing walaupun sudah menjadi ibu kepada dua anak, Arif Jiwa Asyraf, 2, dan Azzahra Jiwa Asyraf, 4 bulan.

Kala duduk bersembang bersamanya, hadir seorang videograph­er lelaki untuk merakam setiap perbuatan Tya bagi dimuat naik di vlog kepunyaann­ya di YouTube. Katanya dia gemar merakam video kerana setiap saat adalah moment penting. Di channel YouTubenya dipenuhi dengan pelbagai video termasuk gelagat anak lelakinya, Arif yang disayangi ramai. Selain itu, Tya juga mempunyai perniagaan yang diuruskan sendiri iaitu bisnes jamu yang diberi nama Jamu Mutyara. Katanya resepi jamunya berasal dari Indonesia dan kini telah berkembang dipasaran Malaysia, Singapura, Brunei, Australia dan banyak lagi. Jika mempunyai masa lapang, Tya pasti akan mengambil masa berkenaan untuk diluangkan bersama anak-anak dan juga suami. “Walaupun sibuk dengan pelbagai kerja, Tya akan pastikan diri mempunyai masa untuk bersama anak-anak dan juga suami. Keluarga juga penting kerana keperluan mereka juga perlu diuruskan serta perhatian perlu diberikan terutamany­a pada anakanak.

Ditanya tentang me time, dia memberitah­u bahawa ia juga penting dalam kehidupan seorang ibu. Jadi dia akan menghabisk­an masanya untuk ke salon atau tidur kerana baginya itu sahaja cara dia untuk melepaskan stres atau tekanan. Dia bersyukur kerana memiliki suami dan keluarga yang memahami keadaannya. Pada Tya stres dan tekanan berlebihan boleh menjurus kepada mental ilness. “Pada saya mental ilness bukan perkara yang boleh dipandang remeh. Jadi penting untuk kita bertanya “Are you okay?” kepada seseorang jika mereka menunjukka­n rasa sedih, lebih lagi mereka yang rapat atau dekat dengan kita. Tindakan itu mungkin mampu menyelamat­kan seseorang daripada mengalami depression dan menunjukka­n bahawa anda mengambil berat terhadap mereka. Seperti contoh jika seseorang mempunyai masalah, mereka sangat memerlukan sokongan daripada orang sekeliling mereka. Tidak salah untuk memberi sokongan malah ia mampu membantu meringanka­n beban masalah yang mereka hadapi serta menyelamat­kan mereka daripada melakukan perkara yang membahayak­an.”

Tambah Tya lagi, masih ramai yang tidak memahami keadaan mental ilness kerana stigma masyarakat yang suka memandang remeh tentang perkara ini. Kebanyakan orang hanya menganggap semua penyakit jiwa adalah sama. Pada mereka, seseorang itu hanya sedang bersedih dan akan kembali seperti biasa setelah fasa sedih itu berakhir. “Alangkah bagus jika wujudnya awareness seperti mengadakan seminar atau menyiarkan di televisyen bagaimana cara untuk menyelesai­kan masalah ini dan dapat membuka mata masyarakat untuk lebih memahami mengenai masalah mental ilness ini.

“Buat semua wanita di luar sana, jika anda ingin hilangkan stres, cuba untuk memakai mekap. Salah satu perkara yang boleh membuat anda gembira ialah apabila merasakan diri sedang cantik. Apabila memakai mekap ia akan membuat kita akan berasa yakin dan tampak lebih positif untuk berjumpa dengan orang ramai. Tidak perlu untuk memakai mekap yang tebal, memadai JUMPSUIT, dengan hanya menggunaka­n bedak dan lipstick EMPORIO

ARMANI sahaja pasti anda akan berasa gembira.”

 ??  ?? TYA MEMAKAI DRESS DARI PEREKA KHOON HOOI MENGENAKAN SET BARANG KEMAS TIFFANY & CO., DARI KOLEKSI TIFFANY T TERDIRI DARIPADA WIRE BAR EARRINGS, WIRE BRACELET, SQUARE RING, TRUE NARROW RING DAN SEBENTUK CINCIN DARI KOLEKSI THE TIFFANY SETTING, NESTING NARROW BAND RING
TYA MEMAKAI DRESS DARI PEREKA KHOON HOOI MENGENAKAN SET BARANG KEMAS TIFFANY & CO., DARI KOLEKSI TIFFANY T TERDIRI DARIPADA WIRE BAR EARRINGS, WIRE BRACELET, SQUARE RING, TRUE NARROW RING DAN SEBENTUK CINCIN DARI KOLEKSI THE TIFFANY SETTING, NESTING NARROW BAND RING
 ??  ?? TYA MENYARUNG DRESS DARI KHOON HOOI. SERTA SET BARANG KEMAS TIFFANY & CO., DARI KOLEKSI TIFFANY T TERDIRI DARIPADA WIRE BAR EARRINGS, WIRE BRACELET, SQUARE RING, TRUE NARROW RING, DAN SEBENTUK CINCIN DARI KOLEKSI THE TIFFANY SETTING, NESTING NARROW BAND RING
TYA MENYARUNG DRESS DARI KHOON HOOI. SERTA SET BARANG KEMAS TIFFANY & CO., DARI KOLEKSI TIFFANY T TERDIRI DARIPADA WIRE BAR EARRINGS, WIRE BRACELET, SQUARE RING, TRUE NARROW RING, DAN SEBENTUK CINCIN DARI KOLEKSI THE TIFFANY SETTING, NESTING NARROW BAND RING
 ??  ?? DR. ANJHULA MENGGAYAKA­N DRESS KLASIK DARI KHOON HOOI DAN BARANG KEMAS TIFFANY & CO., DARI KOLEKSI TIFFANY T TERDIRI DARIPADA WIRE BAR EARRINGS, TWO CIRCLE PENDANT, TRUE NARROW BRACELET, TWO RING, DAN SQUARE RING
DR. ANJHULA MENGGAYAKA­N DRESS KLASIK DARI KHOON HOOI DAN BARANG KEMAS TIFFANY & CO., DARI KOLEKSI TIFFANY T TERDIRI DARIPADA WIRE BAR EARRINGS, TWO CIRCLE PENDANT, TRUE NARROW BRACELET, TWO RING, DAN SQUARE RING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia