DR. ANJHULA MYA BAIS

PSIKOLOGI ANTARABANG­SA, FEMINIS, BEKAS MODEL, JURULATIH KEHIDUPAN

GLAM - - Personalit­i -

M enariknya tentang Dr. Anjhula Mya Singh Bais, dia merupakan seorang Ahli Psikologi Antarabang­sa, Bekas Model, dan juga Jurulatih Kehidupan. Sebagai seorang individu yang mempunyai kekuatan dalam kerentanan sebagai modus operandi, Dr. Anjhula mengatakan bahawa idea kejayaanny­a ialah dia tidak perlu menjadi sinis walaupun ketika berusia 97 tahun dan saat arif tentang kehidupan. Dr. Anjhula sangat selesa menjadi diri sendiri dan mempunyai kecenderun­gan rohani sebagai pembaca perspektif dan penyembuh tenaga. Menjadikan dunia psikologi sebagai bidang utama, Dr. Anjhula mempunyai syarikat perundinga­n sendiri iaitu Amnesty Internatio­nal, the Nobel Peace Prize Winning Human Rights Organisati­on sejak 1961. Kini, Dr. Anjhula bukan sahaja sebagai pengarah di syarikat perundinga­nnya, malah dia masih menerima pesakit dan orang awam yang memerlukan terapi setiap minggu. Dr. Anjhula percaya akan perubahan diri sendiri adalah langkah yang pertama untuk mengubah dunia. Dr. Anjhula berasa bahawa dirinya terkandas dari landasan pemberian fokus jika ada waktu yang terluang digunakan untuk menilai keunggulan diri tanpa keinginan untuk berubah. Dalam erti kata itu, Dr. Anjhula adalah seorang individu yang sentiasa akan mengatur langkah untuk pergi lebih jauh dan meneruskan lanjutan perkembang­an diri dari masa ke semasa. Apabila ditanya tentang kepentinga­n untuk mengambil tahu tentang orang lain, Dr. Anjhula mengatakan ia adalah teras kemanusiaa­n. Bagi Dr. Anjhula sendiri, dunia ini perlu menjadi tempat yang selamat dan tenang untuk semua individu. “Remember we are human beings, not human doings.” Ujar Dr. Anjhula menerangka­n betapa pentingnya isu mengambil berat sesama manusia.

Dr. Anjhula berkongsi tentang pandangann­ya untuk mengurangk­an stigma terhadap penyakit mental terutamany­a di Malaysia. Kebanyakka­n stigma berlaku terhadap benda-benda kecil seperti muka yang pucat pasti sedang demam, atau mempunyai penyakit kencing manis memerlukan insulin yang banyak setiap hari. Secara semulajadi, kes yang sama dapat dikaitkan dengan kesihatan mental memandangk­an minda dan hati kita terdedah kepada hal-hal ini setiap hari. Individu yang percaya tentang masalah kesihatan mental merupakan penyakit gila dapat disamakan dengan individu yang mempercaya­i bahawa dunia itu adalah rata. Kata Dr. Anjhula “Sebagai sebuah komuniti, mari kita teruskan perbualan dan menormalka­n kesihatan mental kerana ia adalah tanggung jawab kita bersama.” Tindakan yang positif tidak memerlukan sebab untuk dicetuskan. Jika kita dapati diri kita berada di dalam keadaan yang negatif, maka kita berpotensi untuk menstruktu­r semula tindakan dan pemikiran kita. Dr. Anjhula menganggap ini sebagai satu kesilapan yang perlu kita ubah, kerana kebanyakan individu akan mewujudkan perasaan tidak bersyukur sekiranya mereka bersifat positif sepanjang masa tanpa mempunyai sesuatu kesilapan untuk dipelajari. Sebaliknya, Dr. Anjhula mengakui bahawa kedua-dua sifat itu diperlukan dan mempunyai hubungan tersendiri di antara satu sama lain. Sekiranya kita dapat mengamati emosi kita, baik positif mahupun negatif, kita dapat membanding­kan tindak balas dan aksi yang akan diambil pada masa akan datang.

DR. ANJHULA MEMAKAI JAKET DARI GUCCI DAN MERAGA BARANG KEMAS TIFFANY & CO., DARI KOLEKSI TIFFANY T TERDIRI DARIPADA WIRE BAR EARRINGS, TRUE NARROW BRACELET, TWO RING, DAN SQUARE RING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.