VIVA VIRTUS!

GLAM - - Belakang Tabir Glam - OLEH AIZAT A IDID GAMBAR VERSACE

KEBERANIAN, KEKUATAN DAN DAYA CEMERLANG ADALAH INTI PATI PENTING DALAM TERLAHIRNY­A KOLEKSI BEG BARU YANG BERNAMA VIRTUS OLEH VERSACE INI. ESTETIK VERSACE YANG SUPER GLAMOR DISEMAT PADA PERMUKAAN BEG DENGAN MENGGUNAKA­N HURUF V DALAM CORAK BBAROCCA MENGGUNAKA­N MATERIAL EMAS MENYUNTIK SELERA WANITA ELEGEN. Bermain dengan sifat mulia dewa dewi Roman yang lama, Donatella Versace mempersemb­ahkan beg baru yang bersama Virtus. Ia adalah satu perisai baru Versace yang mengangkat sifat kedewaan yang menghiasi syiling, baju perisai serta mozek namun bukanlah hadir dengan rasa kosong. Virtus ini menguatkan lagi definisi wanita alaf baru yang dijulang oleh mendiang Gianni Versace. Setiap wanita perlulah bijak mengawal hidup masing-masing dengan penuh hormat serta kesedaran yang tinggi.

Beg Virtus ini diperkaya dengan tiga DNA utama yakni yang pertama adalah kekuatan. Wanita Virtus adalah mereka yang bercita-cita tinggi dan menggapain­ya dengan penuh rasa sabar dan bertimbang rasa. Tidak gopoh dalam hidup kerana mereka tahu setiapnya hadir bukan mudah. Cetusan idea kedua untuk mereka beg Virtus oleh Versace pula adalah keberanian yang mengangkat tinggi karakter dewa dewi Roman. Donatella Versace sendiri percaya yang fesyen mungkin tidak mampu mengubah dunia namun ia mampu menyalakan semangat kuasa wanita untuk lebih kuat dan yakin diri. Akhir sekali, wanita yang mengendong beg Virtus ini punya karakter yang terbuka dan sentiasa mahukan ilmu baru.

Hadirnya beg Virtus yang bagaikan satu perisai fesyen baru buat wanita glamor! Beg ini diindahkan dengan huruf V yang direka menggunaka­n estetik indah Versace. Huruf V itu menggunaka­n elemen Barocco dan pernah pertama kali digunakan pada himpunan musim bunga 1992. Lambang huruf V yang indah dengan perincian dedaun akantus diperbuat menggunaka­n emas kuning menambah nilai mahalnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.