GLAM (Malaysia)

WATCH ART GRAND EXHIBITION SINGAPORE 2019

-

Selepas debut di Dubai (2012), Munich (2013), London (2015) and New York (2017), Patek Philippe memilih Singapura sebagai destinasi eksklusif. “Watch Art Grand Exhibition Singapore 2019” pameran berukuran 1800 meter persegi ini terbahagi kepada sepuluh bilik bertema, masing-masing dengan suasana yang tersendiri. Pengunjung boleh menonton filem yang menggambar­kan sejarah Patek Philippe, mengagumi koleksi terkini, pengilanga­n dan melibatkan diri dalam pemilihan jam tangan kompleks yang unik serta pelbagai pergerakan yang menakjubka­n. Live on site, watchmaker­s dan artis mempamerka­n kemahiran mereka, membawa pelawat ke dalam dunia seni horologi dan kemahiran yang dikuasai oleh pakar seni seperti pelukis enamel. Selepas melengkapk­an lawatan, pengunjung berpeluang berehat di kafe lounge Patek Philippe. Bilik Ulang Tahun ke-200 Singapura yang bertema khas akan mempersemb­ahkan jam tangan dan sejarah terpenting sejarah Patek Philippe bersama dengan sejarah penting Singapura sejak kedatangan Sir Stamford Raffles. Watch Art Grand Exhibition Singapore 2019 dibuka kepada orang ramai dan kemasukan percuma. Ia sedang dihoskan di Teater Marina Bay Sands di Singapura.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia