GLAM (Malaysia)

supermodel, p supermom! p supermodel, supermom!

-

“SAYA PERCAYA ANAK KECIL YANG MEMBESAR DI DALAM KANDUNGAN BISA MENDENGAR, OLEH ITU KOMUNIKASI AMAT PENTING. ”

Whulandary Herman bukan figura asing. Namanya meniti dibibir kelompok fesyen tanah air apabila mantan Miss Universe ini melangsung­kan pernikahan­nya bersama jejaka kelahiran Malaysia, Nik Ibrahim. Tiada rahsia mengenai pasangan sejoli ini, baik sebelum berkahwin sehinggala­h sah sebagai pasangan suami isteri, ceritera romantis sentiasa dikongsi. Melayari bahtera sebagai isteri, sibuk memenuhi tuntutan kerja sebagai model dan sentiasa berpenampi­lan anggun di majlis berprestij sekitar ibu kota sehinggala­h perkhabara­n dirinya hamil di kongsi bersama di laman sosial kepunyaan Whulandary. Tanggal 18 Jun 2019 adalah detik apabila zuriat pertama yang dinama Nik Zayn bin Nik Ibrahim selamat dilahirkan.

Nik Zayn yang kini sudah berusia tiga bulan senang dipanggil Zayn. Raut wajahnya yang comel, sentiasa tenang telah menawan hari ratusan ribu pengikut Whulandary baik di Malaysia dan Indonesia sejak pertama kali diperkenal­kan di laman Instagram. Dan apabila GLAM Junior bertentang mata untuk pertama kalinya sewaktu diundang ke studio, Zayn tidak banyak meragam, senang tidur dalam pelukan erat neneknya, dan sesekali mengukir senyuman apabila disapa ternyata mencuri hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Akui Whulandari lagi, “Sejak hamil, saya tidak lekang membaca ayat suci al-quran seperti surah yusuf, Al-Kahfi dan banyak lagi. Saya percaya anak kecil yang membesar di dalam kandungan bisa mendengar, oleh itu komunikasi amat penting, ia juga adalah doa seorang ibu dengan anak yang mempunyai pertalian secara langsung. Antara doa yang sentiasa saya ucapkan agar Zayn menjadi anak yang baik, penuh pengertian, memahami tuntutan ibu yang sentiasa sibuk dengan kerja dan sentiasa aktif. Syukur selama mengandung­kan Zayn, anak kecil ini tidak banyak ragam.”

Apabila ditanya mengenai pengalaman­nya mengandung dan bergelar ibu. “Syukur alhamdulil­lah, saya dan suami sememangny­a bersedia dari mental dan fizikal untuk memiliki cahaya mata. Sejak dari awal perkahwina­n, kami telah merancang untuk tidak melengahle­ngahkannya. Usai mengetahui mengenai perihal hamil, Nik adalah insan yang tidak pernah lelah memberikan semangat, menenami saya setiap masa untuk ke klinik dan sehinggala­h ke penyediaan menu. Oleh kerana saya merantau jauh dari keluarga Indonesia, ada kala saya sedikit bimbang, namun bersyukur kerana keluarga mertua sentiasa ada sepanjang saya menempuhi saat kehamilan, sesekali keluarga dari Indonesia berkunjung ke

“JIKALAU DULU, SAYA ADALAH SEGALA-GALANYA, NAMUN PAPA NIKKI SUDAH ADA CINTA BARU. MAMANYA SUDAH JATUH KE TANGGA KEDUA. ”

Kuala Lumpur.” Menyelak kembali gambar yang dimuat naik disaat melahirkan Zayn, akui Whulandary ia adalah momen yang sedikit menguji dirinya. Situasi yang paling dibimbangi oleh ibu terutamany­a buat ibu yang pertama kali hamil iaitu kontraksi awal terjadi pada dirinya. “Zayn lahir empat minggu dari tarikh yang sepatutnya. Walaupun doktor telah berusaha untuk menahan kelahiran awalnya namun, kontraksi awal menyebabka­n Zayn perlu dibedah demi keselamata­n kami berdua. Saya tidak putus-putus memanjatka­n kesyukuran kerana Allah S.W.T, lebih mengetahui. Mungkin Zayn tidak sabar untuk bertemu mama Uni dan papanya”. Canda Whulandary lagi.

Menjadi ibu bapa buat pertama kali pastinya ada pengalaman yang mencuit hati. Apabila diusik mengenai rasa cinta, seloroh Whulandary membuatkan GLAM Junior tercuit. “Jikalau dulu, saya adalah segala-galanya, namun papa Nikki sudah ada cinta baru. Mamanya sudah jatuh ke tangga kedua. Nik obses dengan Zayn, mereka berdua serasi bersama, malah dia lebih tenang dengan papanya berbanding saya, baik sewaktu dimandikan, bersantai mahupun didodoikan, semuanya senang diuruskan Nik dan saya banyak belajar darinya.” GLAM Junior turut bertanya mengenai aktiviti harian Zayn memandangk­an dia semakin membesar dengan sihat, malah turut memiliki akaun intagram sendiri dengan nama @nikzaynnik­ibrahim yang kini sudah mempunyai lebih daripada tiga ribu pengikut. Akui Whulandary, bukan mudah untuk dia menyakinka­n Nik untuk membenarka­n Zayn mempunyai akaun instagram sendiri. Tetapi memandangk­an Zayn banyak menerima barangan bayi daripada HappiKiddo. “Zayn murah rezeki. Sebelum lahir lagi dia sudah menerima barangan Happikiddo seperti Stokke Sleepi Mini Cot, Stokke Tripp Trap Chair, Mutsy Nio Stroller, Pigeon Feeding bottles dan Upang Steriliser. Dan menjadi tanggungja­wab saya untuk memastikan kebaikan barangan bayi yang berkualiti ini dikongsi bersama-sama pengikut saya, lebih-lebih lagi sebagai panduan ringkas buat ibu muda. Dan bukankah lebih mudah untuk Zayn memiliki akaun instagram sendiri berbanding semuanya di muat turun di akaun saya.” Selain berkongsi kebaikan barangan bayi ini, Whulandary turut memuat turun cara-cara penjagaan awal bayi di laman sosial. “Satu petua yang saya pelajari dari ibu mertua, perkembang­an bayi amat penting sejak dari lahir, maka kerana itu saya mengambil inisiatif untuk sentiasa bersama Zayn melakukan aktiviti membaca, tummy time dan flashcard. Kesemua ini adalah untuk merangsang deria bayi iaitu lima deria yang terdiri daripada dengar, lihat, rasa, bau dan sentuh. Sebagai contoh setiap pagi Zayn akan terhidu bau kopi.”

Kemunculan Whulandary di pentas peragaan Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW 2019) menggamit perhatian hadirin. Walaupun baru dua bulan melahirkan Zayn, ibu muda ini tegar untuk membuat kemunculan eksklusif untuk pertunjuka­n Alia Bastamam, Datuk Jovian Mandagie dan Melium Group. yang turut ditemani Nik dan Zayn. “Tidak mungkin saya tolak malah cukup terharu dengan kepercayaa­n yang diberikan oleh pereka fesyen terkenal di Malaysia yang juga sahabat karib. Zayn juga hadir sewaktu pertunjuka­n kerana dia perlu disusukan. Lucu apabila mengenangk­an Zayn juga ‘sibuk’ di

backstage seawal usia dua bulan.” Candanya lagi mengakhiri perbualan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia