Merai 15 Tahun Most GLAM

GLAM - - Kata Editor - [email protected]

Sejak GLAM mula masuki pasaran, kami sudah pun mencanangk­an senarai wanitawani­ta paling glamor di Malaysia. Mengapa? Sesungguhn­ya awal 2000 adalah era yang begitu mengujakan di mana wanita Malaysia mulai celik fesyen, arif jenama dan pandai bergaya. Mereka berkerjaya dan berjaya, bijaksana dan memiliki kuasa membeli yang tinggi. Dari figura korporat, kerabat Diraja hingga ke penghibur, setiap seorang memiliki keistimewa­an tersendiri yang menyumbang impak positif di dalam masyarakat. GLAM mengambil inisiatif untuk mmeperkena­lkan semula wanita-wanita ini sebagai anjakan buat umum untuk dijadikan inspirasi.

Dan 15 tahun sudah berlaku, lanskap dunia wanita kini sudah jauh berbeza. Sejak

Most GLAM mula diperkenal­kan, lebih dari 200 wanita sudah kami profilkan dan kini menjadi antara lembaran bersejarah kami. Dahulu mungkin ada yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan, hari ini sudah pun bergelar pengasas sebuah empayar. Jika dulu mungkin cuma jaguh di negara sendiri, kini dunia juga mengiktira­fi. Sebelum menutup tirai tahun ini, GLAM mahu merai wanita-wanita ini dalam satu isu khas triple cover selain menganjurk­an perjumpaan semula dikalangan alumni untuk malam gala Most GLAM tahun ini. Tema putih menyingkap memori muka depan Ultra GLAM tahun 2006 dan kami ingin mengembali­kan memori itu pada malam Most GLAM nanti!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.