ALAMI RUANGAN BERPRESTIJ TERBARU

GLAM - - Glam Cantik -

Membawakan pengalaman ke tahap yang lebih ekstra khas untuk peminat dunia kecantikan. Jenamajena­ma terkenal seperti Armani, Dior, dan Lancome telah melancarka­n butik berdiri sendiri mereka yang terbaru di Mid Valley Megamall. Setiap jenama telah membina sudut-sudut yang melambangk­an gaya hidup dan tema mereka tersendiri, dari ruangan koleksi penjagaan kulit, kosmetik, sehingga ke ruangan minyak wangi.

Butik Armani yang pertama di Malaysia ini menawarkan pengalaman premium melalui kehadiran Armani Face Designers, dengan kepakaran unik umpama pengalaman made-to-measure untuk tetamu butik. Gerbang butik Dior juga mempunyai sudut istimewa di mana anda boleh melayan diri anda dengan sesuatu yang istimewa dan berkilau ketika membeli belah. Untuk Butik Lancôme pula, juga merupakan yang pertama di Malaysia dan diraikan dengan keistimewa­an bilik privasi untuk konsultasi rawatan wajah. Oleh itu, alami sendiri penawaran perkhidmat­an eksklusif, mewah dan bergaya yang ada pada setiap butik, untuk mereka yang ingin meneroka pelbagai lagi jenis produkprod­uk hebat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.