INOVASI KESEGARAN MUTLAK DARI SHISEIDO

GLAM - - Glam Cantik -

Kembali menggegark­an dunia kosmetik, Shiseido melancarka­n rangkaian terbaru Koleksi Synchro Skin SelfRefres­hing, terdiri daripada tujuh produk, dua berus, dan 39 tona warna untuk pasaran Asia. Kali ini, Shiseido lebih fokus kepada formula yang lebih ringan untuk memberikan kesan penyesuaia­n dan tindak balas secara automatik pada kulit wajah, untuk penampilan yang lebih segar. Berus yang menemani julat terbaru ini mampu memberi aplikasi efek tanpa usaha, dan juga diilhamkan dari pengaruh ritual kecantikan zaman purba Jepun. Ini membuatkan koleksi terbaru dari Shiseido, secara keseluruha­nnya mempunyai personalit­i yang tersendiri.

Tips dari Vincent Oquendo, Jurusolek Selebriti Shiseido

• Gunakan Berus Muka Hanatsubak­i

Hake Polishing untuk produk seperti Synchro Skin Self-Refreshing Cushion Compact, buff perlahan-lahan membuat gerakan bulat untuk kesan seperti digilap. Berus ini juga sesuai Synchro Skin Invisible Silk Pressed Powder, dan hanya perlu dibersihka­n dengan air suam selepas digunakan. • Produk kegemaran Vincent adalah Synchro Skin Self-Refreshing Concealer, kerana dengan aplikasi warna yang betul, Concealer dapat membantu menerangka­n lingkaran hitam atau warna kemerah-merahan pada kulit. Secara tidak langsung dapat menaikkan lagi seri wajah walaupun dalam masa yang singkat jika tiada masa untuk bersiap. Juga boleh digunakan dengan Berus Concealer Tsutsu Fude. • Sentiasa bawa produk Synchro Skin Invisible Silk Pressed Powder ke mana-mana sahaja untuk memastikan wajah anda kekal segar tanpa berminyak!

1. BERUS MUKA HANATSUBAK­I HAKE POLISHING 2. SYNCHRO SKIN INVISIBLE SILK PRESSED POWDER 3. TSUTSU FUDE CONCEALER BRUSH 4. SYNCHRO SKIN INVISIBLE SILK PRESSED POWDER 5. SYNCHRO SKIN SELF- REFRESHING CONCEALER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.