SIMBOL KEMEWAHAN

GLAM - - Glam Santai -

Kondominiu­m serba mewah, berlatarka­n panorama sekitar yang menyuntik ketenganga­n, Park Regent @ Desa ParkCity kediaman dambaan elit terkini di Kuala Lumpur. Selain lokasinya yang mudah diakses dari lebuhraya Damansara - Kuala Lumpur, kondominiu­m ini simbol kemewahan dengan ciri-ciri persekitar­an selamat sebuah kediaman dalam bangunan tinggi.

Direka oleh kumpulan arkitek terkenal, diterajui oleh Christophe­r Lee dari Serie Architects, Park Regent menginterg­rasikan kehidupan, budaya dan mengekalka­n kehijauan landskap serta persekitar­an sebagai definisi kehidupan sempurna. Manakala unit contoh disempurna­kan oleh sentuhan pereka bentuk selebriti yang berpangkal­an di Singapura, Peter Tay yang juga Pengarah Studio Peter Tay. Menurut Peter, “Desa Park City sangat cantik dengan identitiny­a yang tersendiri. Ia bukan hanya mengenai reka bentuk seni bina, malah merangkumi landskap, bentuk muka bumi dan ruang komuniti.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.