JENAMA PERABOT PREMIUM

GLAM - - Glam Santai -

Jenama yang berasal dari Australia – King Living telah berada di pasaran Malaysia selama dua tahun. Menawarkan rekaan perabot ringkas tetapi sarat fungsi dan inovasi yang menjadi kekuatan dan identiti jenama ini.

Sejak tahun 1977, pengalaman lebih 40 tahun dalam industri perabot, jenama yang mendapat pengiktira­fan oleh Australian

Design House ini, mengekalka­n komitmen terhadap jaminan kualiti buatan tangan dan kecemerlan­gan dalam reka bentuk, selain menetapkan piawaian tertinggi dalam setiap rekaan. Setiap perabot direka bentuk dengan jaminan selama 25 tahun untuk kualiti yang tahan lasak dengan keselesaan maksimum.

Selepas mendapat sambutan baik dari rakyat Malaysia, King Living tanpa ragu melangkah yakin menerusi pembukaan ruang pamer kedua di Jalan Maarof, Bangsar. Bangunan tiga aras ini mempamerka­n rangkaian sistem sofa, meja kopi, bangku, meja makan, perabot landskap luar di aras bawah dan pertama, dan di aras kedua menempatka­n ajnas reka bentuk dan inovasi kamar beradu seperti katil, unit storan dan tilam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.