HARUMAN LILIN LOUIS VUITTON

GLAM - - Glam Santai -

Louis Vuitton memperkena­lkan lilin wangian dari seleksi L’Air du Jardin, Île Blanche, Feuilles d’Or et Dehors Il Neige, oleh Master Perfumer Jacques Cavallier Belletrud. Direka di dalam bekas seramik mewah sentuhan Marc Newson, lilin seberat 1.1 kilogram hadir fleksibel bersama pemegang dari kemasan kulit semula jadi yang dijahit tangan, disempurna­kan bersama rivet logam. Simbolik signatur Maison, pemegang kulit semulajadi diilhamkan dalam bengkel Louis Vuitton dan menghasilk­an rekaan lilin yang asli dan terbaik. Koleksi ini didatangka­n dengan perincian berwarna-warni, dilukis tangan oleh artisan lilin di Grasse, Perancis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.