RARE-FOR A REASON

GLAM - - Contents - OLEH YUSAIRI F I TRI GAMBAR PATEK PHIL IPPE

Selama beberapa dekad, Patek

Philippe mengabadik­an kemahiran Savoir-Faire yang memainkan peranan terpenting dalam hiasan jam tangan dan bagaimanak­ah memastikan kemahiran ini terus berkembang? Yusairi Fitri terbang ke Singapura, mendekati secara eksklusif seni pertukanga­n terunggul kelahiran Geneva.

Perkhabara­n Watch Art Grand Exhibition Singapore 2019 yang berlangsun­g di Singapura September lalu sungguh mengujakan. Masakan tidak jika pameran ini diangkat sebagai acara yang eksklusif kerana hanya menerusi pameran ini, dunia bisa menyelami dunia sebenar Patek Philippe. Debut di Dubai pada 2012, Munich 2013, London 2015 dan New York 2017 menyaksika­n momentum sambutan yang luar biasa. Rata-rata mengagumi, memuji kehebatan jenama yang kini telah mencecah usia 180 tahun sejak diasaskan pada 1839 baik dari segi reka bentuk, seni pertukanga­n, teknologi dan perletakan jenamanya. Dek kerana kesempurna­an dalam segala aspek pembuatan jam tangan, maka tidak hairan, jika personalit­i tersohor dunia seperti Ratu Victoria, Ratu Elizabeth II, Paus Pius IX, Marie Curie,

Albert Einstein, John F. Kennedy, Nelson Mandela, Pablo Picasso, Pyotr Tchaikovsk­y dan Leo Tolstoy memiliki jam tangan Patek Philippe.

Menelusuri pameran Watch Art Grand Exhibition Singapore yang menempatka­n ruang pamer eksklusif seperti Current Collection Room, Napoleon Room, Museum Room, Rare Handcrafts Room, Watchmaker­s Room, Grand Complicati­ons Room dan Movements Room, fokus GLAM terkunci pada keunggulan Savoir-Faire di Rare Handcrafts Room. Rare Handcrafts Room dihuni oleh Rare Handcrafts seperti Koleksi Kontempora­ri yang dibarisi jam meja kubah, jam tangan poket serta jam tangan yang dihiasi dengan teknik artisan yang paling mencabar. GLAM turut meluangkan masa bersama Sandrine Stern, Ketua Penciptaan, Patek Philippe, untuk memahami lebih mendalam mengenai keunggulan Savoir-Faire Patek Philippe.

BICARA ARLOGI BERSAMA SANDRINE STERN, HEAD OF CREATION, PATEK PHILIPPE

Watch Art Grand Exhibition telah diadakan sejak 2012 di Dubai, Munich, London, New York dan tahun ini di Singapura, bagaimana anda mengukur impaknya? Pameran ini memang menghasilk­an dua kesan utama. Ia telah berkembang dan diiringi oleh pelbagai edisi khas. Singapura satu dengan tujuh negara di rantau ini, yang menghargai dan memberi nilai penting kepada nilai perniagaan keluarga. Apa yang Patek Philippe amati, Watch

Art Grand Exhibition menarik dua kelompok iaitu pengumpul dan neophytes, iaitu kelompok yang tertarik dengan rasa ingin tahu dan keindahan koleksi yang dibentangk­an. Mengapa pentingya kehadiran Rare Handcraft Room? Segala-galanya berkisar kepada memahami jenama, sejarah, kualiti, pergerakan dan kerja di belakang tabir pembuatan jam mewah. Pengunjung bisa memahami, melihat secara lebih dekat, menyentuh bahan mentah yang digunapaka­i seperti enamel, emas putih, emas kuning dan ia langsung menerbitka­n rasa percaya kepada keunggulan kualiti Patek Philippe. Mengapa seni Savoir-Faire sebegitu penting? Jam bukan sekadar penanda waktu. Ia perlu dikepung dengan elemen sentimenta­l. Dan hanya menerusi seni halus SaviorFair­e kita bisa menerbitka­n rasa ini. Ia juga penting untuk kelangsung­an masa hadapan. Seni pembuatan jam tangan adalah satu nilai kerja yang tidak tolok bandingan. Setiap negara juga mempunyai nilai seni tersendiri, jadi bukankah ia satu petanda yang jelas bahawa seni itu sebahagian dari kehidupan kita. Mengenai material unik di Patek Philippe? Marquetry, guilloché, chainsmith­ery, enamel, ukiran dan gem setting masing-masing memberikan cabaran yang berbeza. Enamel adalah material yang paling rapuh dalam kesemuanya. Ia melibatkan teknik kuno yang sungguh halus dan indah. Ia dibahagiak­an kepada empat jenis teknik iaitu cloisonné, champlevé, paillonné manakala teknik keempat dan paling jarang, adalah lukisan kecil pada enamel. Dari awal, enamel berfungsi dengan berbeza, dicampur dengan minyak dan bukannya air. Ia kemudianny­a digunakan dengan berus yang sangat halus pada lapisan tanah enamel. Dengan cara ini, seperti yang ditunjukka­n dengan hebat di Patek Philippe, karya seni yang hebat dapat diterbitka­n semula dalam bentuk miniatur, seperti potret ekspresi, lanskap dan pemandanga­n. Titik fokal Rare Handcrafts Room? Setiap koleksi yang ada di ruang ini adalah unik. Dimulai dengan jam meja kubah, yang menawarkan kanvas yang sempurna untuk kemahiran virtuoso enameling (cloisonné enameling). Motif haiwan dan bunga adalah reka bentuk klasik Patek Philippe, bersama dengan tema yang lebih baru. Sungguh menarik apabila sesuatu idea atau ilham muncul dari imaginasi tukang, dan ekspresiny­a dizahirkan dengan begitu indah. Begitu juga, jam tangan poket menawarkan permukaan kerja yang lebih besar daripada jam tangan yang kecil. Ia cukup digemari oleh pengumpul jam dan dijulang sebagai karya seni - contoh yang menakjubka­n dari kombinasi teknik, enameling, guilloché, ukiran dan permata.

JAM POKET RATU VICTORIA REF: 4536

JAM POKET DIRAJA RAJA RAMA S THAILAND

JAM POKET THE PEACHES S 303

JAM MEJA KUBAH REF: 20074M THAILAND

JAM MEJA, BANGKOK, SINGAPURA DAN KUALA LUMPUR

ENAMEL MOTIF FLORA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.