IKONIKNYA COLLIER DE CHIEN

Jika anda seorang pencinta fesyen sejati, aksesori ini sudah pasti ada di dalam gerobok aksesori anda. Koleksi musim luruh untuk Collier De Chien yang sungguh gah dan mewah ini juga wajib dimiliki dan perlu dijadikan sebahagian daripada koleksi.

GLAM - - Contents - OLEH SUZIE ADNAN GAMBAR HERME S

Gelang ataupun cuff Collier de Chien jelas sekali diangkat sebagai antara aksesori ikonik di Hermes. Generasi hari ini yang lebih ekspresif dan sarat attitude, mereka senantiasa tercari-cari akan sesuatu yang mampu menaikkan aura gaya masing-masing. Collier de Chien memiliki ilusi dominasi, kuasa dan berani. Visualnya signifi kan, mewah dan unforgetta­ble; menjadikan gelang cuff berkenaan antara aksesori mesti miliki oleh setiap peminat fesyen.

Versatil untuk digayakan dengan apa jua stail penampilan, siang mahupun malam. Collier de Chien relevan buat variasi suai padan. Anda boleh menyarung gaun malam yang elegan sambil menyuntikk­an imej vampish menerusi gelang cuff ini, manakala ia amat sempurna juga kala digandingk­an bersama denim atau jaket kulit.

Collier de

Chien menyempurn­akan sebuah gaya dengan menyuntikk­an ekstra kepada personalit­i serta penampilan. Selain tampil dalam bentuk gelang atau cuff, konsep aksesori Collier de Chien bermula sejak 1927 apabila ianya tercetus daripada permintaan seorang pelanggan yang sedang tercari-cari gaya tali pinggang yang bersesuaia­n dengannya. Hasilnya adalah gancu berhias gegelang berserta stud dengan rekaan empat facet. Dari situ, idea ini dikembangk­an kepada lainlain aksesori seperti gelang, cincin hingga ke rantai. Paling popular adalah Collier de Chien dari material kulit namun jika diambil dari perspektif koleksi barang kemas, ianya tampil dalam emas tulen lengkap bertatah berlian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.