THE VALLI GIRLS

Busana mewahnya yang cukup feminin sering menjadi pilihan selebriti wanita terkenal dunia ketika mereka hadir ke acara karpet merah. Kini sentuhan Giambattis­ta Valli ini dapat disarungka­n oleh semua wanita yang dahagakan stail pereka ini. Tahun ini H& M m

GLAM - - Contents - OLEH AIZAT A IDID GAMBAR H& M

Mungkin nama Giambattis­ta Valli mula memuncak naik setelah Rihanna menyarungk­an dress dramatik rona merah jambu buat acara Grammy awards pada 2015. Rambut penyanyi itu dibiarkan sanggul dan langkahnya cukup anggun dalam dress kembang Giambattis­ta Valli daripada koleksi adibusana musim bunga 2015. Selepas itu, makin ramai yang mahukan dress dramatik yang dimadu feminin karya Giambattis­ta Valli. Helaiannya menjadi pilihan wanita global, selebriti kelas A juga kelompok sofistikat­ed yang punya selera fesyen tinggi. Maka, untuk merealisas­ikan impian wanita semua selayaknya H&M melancarka­n koleksi Giambattis­ta Valli x H&M.

Valli cukup bijak mengenali wanitanya. Jika pereka lain sibuk memberikan rasa eksentrik, Valli pula terus menjulang rasa feminin yang ada dalam diri wanita. Lantas koleksi Giambattis­ta Valli x H&M kali ini mempunyai ceraian yang meraikan estetik Valli seperti gaun ropol dalam material net, ceraian yang menggunaka­n corak flora serta perincian applique yang cukup muda serta segar. Selain itu, Valli juga pintar dalam memberikan helaian yang sharp serta siluet yang mempunyai adunan maskulin. Pilihan yang pelbagai ini mencetuska­n aliran gaya daripada siang hingga ke agenda malam yang glamor.

Helaian-helaian dress menjadi asas penting koleksi Giambattis­ta Valli x H&M. Ada dress tulle rona merah yang menjadi bintang utama koleksi ini dan semestinya satu karya penting buat pengumpul utama jenama Giambattis­a Valli. Serta dress bertingkat yang disimbahka­n dengan corak bunga menambahka­n lagi keayuan koleksi ini. Lebih mengasyikk­an adalah buat kali pertamanya Valli melancarka­n koleksi ceraian lelaki yang turut diberi injek rasa feminin selari dengan DNA utama Giambattis­ta Valli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.