RAHSIA KEINTIMAN WANITA

GLAM - - Glam Cantik -

Sebagai wanita, ada kalanya anda berasakan seperti tahu segalanya mengenai organ sulit atau vagina. Namun, fiKIRKAN KEMBALI

Fokus berkaitan kebersihan dan penjagaann­ya menjadi kajian

WGSM Beauty dan pada 2026, organisasi tersebut menjangka yang industri ini bakal mencecah nilai RM160 bilion! Di Malaysia, Strip Ministry of Waxing antara yang peka pada penjagaan terbaru dunia kecantikan vagina ini.

Sikap keterbukaa­n wanita hari ini melihat penjagaan diri secara total. Tidak lagi memfokuska­n buat penjagaan luaran semata, malah bahagian privasi ini turut ‘dibuka’. Mengapa perlu tabu jika penjagaan rawatan yang baru ini memberi kepuasan buat anda? Jadi, berilah ruang masa yang lebih untuk anda memanjakan vagina dari luar. Sekurangny­a ia membantu melambatka­n proses ‘vaginal atrophy’, vagina kering akibat kekurangan estrogen dan menjadikan ia menipis atau kurang anjal.

Strips Ministry of Waxing juga membantu wanita dalam penjagaan baru ini. Rawatan efektif ini dimulakan dengan waxing atau Strips’s Brazillian

AFT dan kemudian vagina dirapi dengan Rosebud Vajuvenati­on atau vajacial - facial di bahagian sulit. Rawatan bukan invasif ini mengandung­i Teknologi Termal O2 yang dapat mengetat dan menganjalk­an kulit terutamany­a di kawasan labia. Sedutan vakum dan haba juga berfungsi meningkatk­an peredaran darah dan limfa lalu meningkatk­an metamolism­a sel dan detoksifik­asi tisu. Kulit labia lebih lembut dan kemerahan serta merta.

Ini diikuti dengan penggunaan Black out

Mask. Mask satin hitam ini diperkenal­kan oleh Cynthia Chua. Ia merupakan mask arang inframerah aktif pertama di dunia yang dapat mengimbang­i semula kulit dibahagian tersebut. Rawatan ini juga disarankan untuk dilakukan sendiri dirumah. Mask turut dijual di cawangan Strip berdekatan dengan harga RM70 sekeping ( harga biasa). Sehingga hujung bulan ini juga, Strip Ministry of Waxing turut mengadakan promosi buat rawatan istimewa ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.