CHRISTIAN LOUBOUTIN: L’EXPOSITION

GLAM - - Glam Santai - OLEH SUHANA DESA & NADI A ZOLK A F L I G AMBAR CHR ISTIAN LOUBOUT IN

Hasil kerja seni sepatu dan beg tangan oleh Christian Louboutin bakal dihimpun dalam satu pameran Louboutin terbesar berlokasi di Palais de la Porte Dorée, Paris ibu kota Perancis. Pencinta fesyen dapat melihat secara dekat kreativiti, revolusi kepakaran kerja, sumber inspirasi, ciptaan ikonik Louboutin selama beberapa dekad dalam industri. Olivier Gabet, pengarah

Muzium Seni Dekoratif Paris bertanggun­gjawab menyusun dan menerbitka­n konsep keseluruha­n pameran. Pameran berlangsun­g selama lima bulan ini turut meraikan beberapa artis dan artisan terbaik termasuk pengarah David Lynch, koreografe­r Blanca Li, pelukis Lisa Reihana dan Imran Qureshi dan pereka duo, Whitaker Malem yang mana adalah nadi inspirasi kepada rekaan sepatu Louboutin selain koleksi seni peribadi Louboutin dan tentunya sepatu Legenda red sole pertama akan dipertonto­nkan. Christian Louboutin: L’Exposition berlangsun­g pada 25 Februari hingga 26 Julai 2020 di Palais de la Porte Dorée, Paris, Perancis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.