CHRYSTAL TAN

GLAM - - Istimewa Salvatore Ferragamo -

Sememangny­a Chrystal Tan, dilahirkan di dalam keluarga yang dikenali dan disegani sebagai mogul dunia perniagaan. Kini Chrystal meneruskan lagi langkahnya dengan menguruska­n firma pemasaran digital dan juga perniagaan berasaskan aksesori, bernama Bxss Lady. Minat yang mendalam terhadap aksesori, Chrystal sentiasa percaya bahawa “The more and the sparklier, the better! I would just say pile it up.” Bagi peminat Tyra Banks ini, setiap supermodel menimbulka­n getaran glam yang unik, dan masing-masing mewakili mesej yang berbeza. Tetapi Chrystal telah mengambil isi pati yang penting daripada pergerakan revolusion­er dan peranan Tyra

Banks yang melihat kecantikan itu wujud pada semua orang, dan menggalakk­an sokongan di kalangan individu wanita serta memeluk perbezaan antara satu sama lain. Chrystal sangat mengagumi keunikan daripada perbezaan yang ada di sekeliling­nya, dan itu juga yang dapat Chrystal tafsirkan tentang GLAM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.