DATIN NINA SABRINA ISMAIL SABRI

GLAM - - Istimewa Salvatore Ferragamo -

Isteri kepada pereka fesyen tersohor negara, Jovian Mandagie ini sudah tentu mengagumi jenama dan rekaan hasil karya suami tercinta. “Jovian dikenali kerana kreatif dan keunikkan dalam perincian dan ciptaan siluet baru.

Saya jatuh cinta dengan rekaannya sejak hari pertama kerana setiap satu helaian selalu membuat saya berasa istimewa dan cantik pada masa yang sama. Setiap helaian oleh JM mempunyai watak dan keperibadi­an tersendiri,” cerita Datin Nina Sabrina Ismail Sabri mengenai koleksi ilham suami tercinta. Mengimbau kembali detik paling glamor dalam hidupnya adalah hari perkahwina­n mereka. Nina mendefi nisikan glam hari ini sebagai less is more. Perhatian perlu ditumpukan pada gaya solekan dan aksesori berbanding pakaian. “Glam hari ini bukan sahaja ditakrifk an oleh apa yang anda gayakan, tetapi menerusi cara individu membawa diri, kejayaan dan keperibadi­an yang dibentuk.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.