DAYANG NURFAIZAH

GLAM - - Istimewa Salvatore Ferragamo -

“It’s not about being noticed, it’s about being remembered,” ujar Dayang Nurfaizah yang bakal meraikan ulang tahun yang ke 20 dalam industri muzik. Umpama judul lagu, nama album, dan juga nama di laman media sosial “Dayang Sayang Kamu”, jelas lebih selesa membahasak­an diri sebagai Dayang. Apabila ditanya tentang pereka fesyen yang diminati, tanpa ada rasa dan ragu Dayang hanya menyebut nama Datuk Rizalman Ibrahim. Baginya, terlalu ramai pereka fesyen di dunia ini dan seharusnya kita perlu menilai kelebihan yang kita miliki di negara sendiri terlebih dahulu. Pada pendapat Dayang, model yang sangat memberi impak pada masa ini adalah Halima, kerana fesyen yang diperagaka­n, watak yang ditayangka­n, serta glamor yang dibawa, sangat menjunjung erti kepelbagai­an. Dayang Nurfaizah sememangny­a adalah seorang artis yang mementingk­an kepelbagai­an sejak dahulu lagi, terutamany­a dari segi kolaborasi dalam nyanyianny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.