IZARA AISHAH

GLAM - - Istimewa Salvatore Ferragamo -

Seksi, mempunyai tarikan tersendiri dan sentiasa menjadi fokal perhatian adalah defi nisi glamor buat Izara Aishah. Dia pernah menyertai

Dewi Remaja 2009/ 10 dan menempa nama menerusi pentas lakonan. Menggamit detik paling glamor dalam hidup, dia berkata, “My wedding moments.” Izara disatukan dengan cinta hatinya; ahli perniagaan, Adib

Khalid pada November 2017 indah dalam persalinan polos putih rekaan Datuk Rizalman Ibrahim di Glam Hall, Kuala Lumpur. Bagi Izara tahun 50-an adalah era kebangkita­n fesyen dan kecantikka­n yang mana munculnya ikon-ikon Marilyn Moanroe, Audrey Hepburn dan Grace Kelly. Dia juga memilih Chanel sebagai label fesyen sepanjang zaman untuk wanita berkelas tinggi. Berlian di leher jinjang dan olesan gincu merah adalah perhiasan wajib Izara apabila bersiap menghadiri acara malam glamor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.