NORA DANISH

GLAM - - Istimewa Salvatore Ferragamo -

Dia memegang banyak portfolio dalam kehidupan peribadi dan karier termasukla­h ibu kepada dua anak lelaki, isteri kepada Nedim, aktres, model dan ahli perniagaan untuk label fesyen Owl by Nora Danish dan salon wanita, Karva. Tidak pernah gagal kelihatan cantik dan bergaya walau sibuk melayan anak kecil dan suami di rumah, Nora mengagumi superstar, Jennifer Lopez. Kata Nora,

“She makes 50 looks like 30! Seorang mogul dikeliling­i wardrobe gah dan glamor namun dia masih mampu mengingatk­an bahawa at the end of the day she’s just Jenny from the block!” Bagi Nora, meski penggayaan fesyen minimal masih mampu menarik perhatian menerusi olesan solekan untuk menerbitka­n aura glam. Model Tengku Azura tidak pernah gagal memukau pandangan Nora setiap kali dia melangkah di atas pentas peragaan. November ini melihat Nora kembali ke set penggambar­an untuk Polis Evo 3.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.