RAJA JESRINA ARSHAD

GLAM - - Istimewa Salvatore Ferragamo -

Pemilik dan pengasas PurelyB sebuah portal panduan yang mempraktik­kan kehidupan dan gaya hidup sihat. Seorang yang menganggap glamor adalah percampura­n gaya, kecantikan dan keyakinan yang penuh elegan ini, lebih selesa dikenali sebagai

Jess. Dia berkongsi pendapat tentang dunia glamor makin berubah selari dengan peredaran zaman. Glamor telah menjadi lebih daripada fesyen mahupun keanggunan, malah glamor adalah rasa keberanian yang dilahirkan pada hari ini, nilai harga diri dan cinta akan diri sendiri. Pada Jess, jika nilai-nilai tersebut dipancarka­n dari dalam ke luar secara tidak langsung, mencipta satu kuasa yang sangat kuat, bahkan mampu untuk memberi ilham kepada individu lain.

Jess kemudian berkongsi akan sedikit sebanyak kenangan yang tercipta bersama GLAM kerana berjaya menarik Jess keluar dari zon selesa dan bermain dengan fesyen. Bagi Jess, “To play dress-up for a photoshoot is like exploring my alter ego,” Kata peminat kepada gaun-gaun indah dari pereka Ralph & Russo itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.