VANIDAH IMRAN

GLAM - - Istimewa Salvatore Ferragamo -

“Keyakinan adalah kunci kepada wanita glamor,” kata Vanidah Imran, apabila diminta mendefi nisikan glamor. Bergelar aktres, pengacara dan model, Vanidah juga mengajar sebagai tutor di Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FITA) di UiTM. Di samping itu, Vanidah sibuk menyiapkan tesis untuk pengajian Sarjana dalam bidang Seni Persembaha­n (Drama) sebagai persediaan bergelar pensyarah bertauliah. Detik paling glamor buat Vanidah tercipta apabila dia melangkah ke atas pentas untuk menggengga­m trofi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik untuk fi lem The Red Kebaya (2006) di Festival Filem Malaysia ke-20 .Kata Vanidah, “Ketika itu, saya menyarung dres ropol putih rekaan Margaret McCallum berpotonga­n ruffles bertingkat-tingkat. Saya seperti terawangan saat melewati permaidani merah. Dres itu masih tersimpan rapi dalam wardrobe.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.