YAYA ZAHIR

GLAM - - Istimewa Salvatore Ferragamo -

Yaya Zahir, percaya glamor adalah autentik – sesuatu yang tidak boleh digapai begitu sahaja, kerana glamor terbentuk dalam karakteris­tik seseorang yang powerful dan elegan. Baru sahaja mendirikan rumah tangga awal Ogos lalu bersama juruterban­g, Arriz Azim, Yaya mengangkat Scha Alyahya sebagai ikon glamor. Yaya menzahirka­n bakat sebagai pengacara, penerbit, pelakon dan duta jenama menganggap definisi glamor dulu dan kini tidak pernah berbeza, “Glamor cukup berkuasa sehinggaka­n perubahan masa tidak mampu mengubahny­a.” Sekarang Yaya sedang fokus membina label fesyen dan kecantikka­n, Asly yang bernadikan pop streetwear, selepas dia sendiri banyak mewakili Malaysia untuk produk – produk antarabang­sa antaranya Vans, Chanel, Longchamp, Kiehl’s dan Urban Decay. Apabila disoal mengenai kredibilit­i pereka dengan estetika glamor jawabnya, “Louis Vuitton. Setiap item penggayaan jenama ini simbolisme glam sebenar.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.