YIULIN

GLAM - - Istimewa Salvatore Ferragamo -

Pengasas dan pemilik ShoesShoes­Shoes dan Klutched, Yiu Lin atau dengan lebih selesa lagi digelar sebagai Yiulin. Dia merupakan personalit­i yang sangat digemari ramai terutamany­a dari segi citarasa fesyen dan diari kembaranya. Yiulin percaya akan glamor adalah satu topik yang subjektif dan setiap individu mempunyai cara yang tersendiri untuk mentafsir keunikan gaya masingmasi­ng. Menjadikan Michelle Obama sebagai ikon glamor yang diminati, Yiulin gemar akan gaya yang menarik dan bersahaja. “I love the 20’s and 30’s when people actually put effort before they go out even just to get groceries.” Selain daripada itu, Yiulin juga meminati peragawati yang berjaya menonjolka­n fesyen dari zaman 80-an yang tidak pernah lapuk dimakan oleh zaman – seperti Cindy Crawford. Begitu juga dengan penampilan diri Yiu Lin yang penuh dengan keyakinan diri dan ekspresi yang lebih positif, katanya lagi, “Apabila keyakinan diri datang dari dalam, all you feel is positivity.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.