TON RONA SENADA RAI MUSIM KEMBARA KATE SPADE

Apabila pengarah kreatif Kate Spade, Nicola Glass menyuaraka­n kod jenama hujung tahun ini adalah mengenai warna dan cetakan unik, head-to-toe warna sama adalah yang baru!

GLAM - - Glam Fesyen -

Tiba masa buat wanita merombak warna kepada yang lebih ceria tapi relevan buat musim cuti ini. Perasaan seronok yang digambarka­n menerusi himpunan terbaru Kate Spade ini ditafsir dari jeritan material baldu, lurex, sutera, dan faux fur ungu, merah jambu, kelabu dan hijau. Kebanyakan­nya diperinci dengan mutiara, dan batu permata ilham A girls’night out! Kontras warna dan tekstur menjadikan setiap helaian tampil mewah juga cukup sinonim dengan karakter feminin jenama yang bertapak di New York ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.