SETIAP HARI PERMULAAN BARU

Satu lagi koleksi penjagaan kulit wajah termewah daripada Chanel. Diperkaya dengan dua ekstrak paling berkuasa, Sublimage Cleansing Collection, powerful on result, gentle on skin!

GLAM - - Istimewa Chanel - T EKS YUS A IRI F I T R I GAMBAR CHANEL

Chanel tahu apa yang wanita mahukan apabila berbicara mengenai penjagaan kulit wajah. Rutin pembersiha­n wajah juga perlu diberi perhatian kerana hanya dengan kulit yang bersih sempurna, segala kebaikan produk bisa menyerap jauh ke dalam lapisan kulit. Sebagai menyerikan lagi rutin penjagaan wajah di Sublimage, Chanel menambah Cleansing Collection. Produk terbaru ini memberi manfaat kepada jenis kulit yang matang dan kering. Rumusan yang kaya bertindak dengan memulihkan, menghidupk­an semula dan menjadikan kulit wajah bersih, sihat dan berseri.

Terima kasih kepada dua intipati antioksida­nya. Sublimage Cleansing Collection menawarkan empat penjagaan kulit ultra-sensitif produk diperkaya dengan bahan aktif antioksida semulajadi iaitu Intense Vanilla Planifolia water dan ekstrak harungana.

EKSTRAK HARUNGANA Dipilih secara ekslusif oleh Chanel Research, bahan semulajadi ini bisa merangsang enzim yang mampu memecahkan ikatan antara corneocyte­s, perlahan-lahan menyingkir toksin yang terbina dalam tisu kulit. Dengan cara ini, ia mengawal proses pengelupas­an kulit dan menggalakk­an penampilan sel segar dan sihat dengan sentuhan lembut.

INTENSE VANILLA PLANIFOLIA

WATER Dijulang sebagai permata alam semulajadi, Chanel Research berjaya menemui kebaikan dan sifat antioksida buah vanila. Dikumpul dengan tangan, ia disuling dengan teliti untuk mendapatka­n air Vanilla Planifolia pekat yang kaya dengan molekul aktif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.