GLAM (Malaysia)

Terus Optimis

-

ni adalah saat yang amat genting sekali. Lebih satu bilion penduduk dunia diarah untuk mengasingk­an diri kesan daripada wabak CoVid-19 yang melanda dunia ketika ini. Adalah amat penting bagi kita semua agar terus berfikiran positif dan dalam masa sama cuba melihatnya dari perspektif positif juga. Ikuti arahan pihak berkuasa supaya tinggal di rumah, jangan keluar dan jaga kesihatan diri serta keluarga.

Semua aktiviti harian terpaksa dihentikan. Namun ini tidak bermakna kehidupan juga harus put on hold. Inilah masanya untuk kita meluangkan waktu kualiti bersama keluarga, kemas dan urus semula kediaman, mulakan kembali home project yang sekian lama tertangguh. Secara spiritualn­ya, mari kita cermin diri dan perbetulka­n niat dan visi. Inilah masanya untuk kita baiki semula strategi dalam kehidupan, bisnes ataupun kerjaya demi manfaat diri serta keluarga. Bersihkan diri daripada energi negatif dan semoga kita semua dapat keluar daripada krisis ini dalam keadaan penuh optimis.

Jika anda tidak berupaya menggengam isu fizikal majalah GLAM, kami mengambil peluang ini dengan menyediaka­n aneka hidangan di atas talian menerusi GLAM.MY; dari berita terkini hingga ke rencana-rencana menarik. Walau dalam hati wujud sangsi akan apa yang bakal menanti, teruskan usaha dan jangan hilang semangat. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jangan lupa, Allah tidak akan uji lebih daripada kemampuan kita. Percayalah!

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia