GLAM (Malaysia)

GENERASI CAKNA

- pengarah kreatif AIZAT AIDID gambar CHIN TOO solekan KHIR KHALID dandanan JUNO KO rias kuku NAILS & CLAWS PENGARAH KREATIF

What a strange moment we are in. Ketika saya menulis nota ini, kita sedang berada di hari pertama buat MCO 2.0. Saya setia menanti kesudahan episod ini. Tapi sejujurnya tahun lalu ketika MCO pertama saya melihatnya sebagai satu sinar. Sebelum ini jadual padat dengan kerja. Terima kasih pada MCO saya ambil masa untuk berehat daripada mengejar benda yang tidak pernah sudah. Juga belajar untuk kata No pada permintaan yang melesukan minda dan tenaga. Saya ambil inisiatif untuk habiskan masa dengan mama dan papa. Masuk dapur belajar resepi rahsia mama. Inilah sinar pendamik Covid- 19. Tapi kini, semangat MCO 2.0 lain pula. Kami di GLAM berkobar tinggi untuk melancarka­n semula majalah glamor Malaysia dengan watak dan karakter lebih padu.

Buat kemunculan semula GLAM, kami bariskan tiga gadis bermisi yang menebar. Alena Murang mahu memartabat­kan lagu musik asli Sarawak dan juga mendokong isu royalti yang dipandang sepi oleh golongan pemuzik tradisiona­l. Melia Serena Mukhriz, walaupun masih diusia 19 tahun, dia petah berbicara tentang kesihatan mental terutama dikalangan golongan sebaya. Sherr y Amin memberi makna baru gadis muda yang bangkit dari kisah gelapnya dan kini menjadi Presiden juga founder buat organisasi SKRLWN. Mereka ini mendefinis­ikan semula rentak golongan muda sekarang yang lebih cakna tentang sekeliling. Nyata sekali tepat untuk membintang­i Next Gen 2021.

Generasi GLAM sekarang juga tidak pernah luntur semangat. Saya sempat beberapa kali hadir ke belakang pentas bersama Dolla— the hottest girl group in Malaysia. Ada empat anggota dan masingmasi­ng mempunyai karakter berlainan tapi semangat juang yang sama. Saya perhatikan mereka berlatih vokal mengikut tarian yang sungguh sharp! Setiap masa terluang di belakang pentas diisi dengan sesi merancang content— mungkin untuk TikTok. GLAM jemput Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya untuk beraksi di lembaran Stail dalam sentuhan lebih luxe, hasil tata gaya Pengarang Fesyen, Johan Kassim.

Paling membanggak­an adalah melihat kebangkita­n semula semangat fesyen Tengku Syahmi ( Profil: The Second Act nukilan Marini Mat Zain). Masih ingat melihat koleksi debutnya di MIFA. Ia mempertont­onkan kebijaksan­aannya dalam merai sisi wanita lebih moden. Melancarka­n jenama sendiri ada pasang surutnya. Kini dia kembali berdiri sebagai Ketua Pereka di Bonia. Usahanya mahu mencuri tumpuan klien muda agar Bonia setanding dengan jenama cool yang lain. I don’t mind to carry Bonia, ia Made in Malaysia dan reka oleh penerima 2009 Most Promising Designer! Sekarangla­h masa terbaik untuk support your local brands!

GLAM tiba dalam wajah lebih lapang. Lapang mata membaca dan lapang minda menerima isinya. Kami beri uplift bermula pada cover hingga ke lembaran terakhir. Ada ruang untuk kamu ambil masa berehat minda. Tidak penuh hanya dengan the latest bags in the market. Terselit juga ilham seni serta lokasi kembara terbaik lokal. Cerita Datin X lebih juicy, boleh jadikan peneman jika MCO di teruskan lagi. Get ready for a new adventure bersama generasi baru GLAM! Inilah the ‘ New Guard’ buat GLAM.

 ??  ?? ALENA MURANG, MELIA SERENA MUKHRIZ DAN SHERRY AMIN DALAM BARANG KEMAS KOLEKSI SERPENTI DI BVLGARI. BUSANA BOTTEGA VENETA DAN SALVATORE FERRAGAMO.
ALENA MURANG, MELIA SERENA MUKHRIZ DAN SHERRY AMIN DALAM BARANG KEMAS KOLEKSI SERPENTI DI BVLGARI. BUSANA BOTTEGA VENETA DAN SALVATORE FERRAGAMO.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia