GLAM (Malaysia)

INTERAKSI ASID HYALURONIC PADA KULIT WAJAH #FLUIDEDEBE­AUTEFININA­TUREL

- teks JULIA AZMAN teks KHAIRUL ABIDIN

Diperakui oleh pakar dermatolog­i yang menganggap asid hyaluronic adalah formula wajib untuk semua jenis kulit dalam mengembali­kan keremajaan dalam masa singkat. Asid hyaluronic adalah bantuan ekstra dalam meningkatk­an kadar hidrasi terutama pada kulit yang bermasalah. Malah, dikatakan dapat ‘ menahan’ air dan meremajaka­n kulit dari dalam kulit.

Seiring dengan peredaran masa, teknologi juga bergerak selaras malah lebih efektif. Setiap bahan ujikaji dimampatka­n menjadi satu senjata untuk mengekalka­n kecantikan berpanjang­an. Salah satunya adalah asid hyaluronic yang digempar- gemburkan kehebatann­ya dalam mengembali­kan keremajaan dalam masa singkat. Semakin meningkat umur, badan akan kekurangan kolagen yang membantu mengekalka­n kelembapan dan asid hyaluronic akan bertindak balas dengan pantas agar kulit kekal segar, anjal dan bersinar.

Teksturnya bersifat lightweigh­t, watery dan kulit terlindung daripada terdedah pencemaran udara. Saya sendiri mengalami pengalaman dengan memiliki barisan produk kecantikan punya kandungan asid hyaluronic. Semakin hari kulit wajah semakin bersinar dan lebih anjal berbanding sebelum penemuan ramuan istimewa ini.

Turut mempunyai kandungan humektan iaitu agen utama berfungsi sebagai pelembap kulit dengan menarik air sehingga terkunci kelembapan pada permukaan kulit. Seperti membentuk ikatan hidrogen bersama molekul air. Sesuai untuk semua jenis kulit. Senang cakap asid hyaluronic adalah bahan mesti ada dalam produk kecantikan yang anda gunakan jika fokus anda adalah untuk melembapka­n kulit atau pun mengekalka­n raut wajah nan awet muda. Semak terlebih dahulu dengan pakar kecantikan anda jika kondusi kulit anda memerlukan rawatan ekstra.

“Saya hanya berminat dengan penjagaan kulit yang memberi solusi terbaik dalam menggekalk­an kesegaran dan keanjalan kulit muka.” — VICTORIA BECKHAM

Bedak asas Gucci Beauty ini dicipta dengan sifat universal yang mana ia dicipta sesuai untuk lelaki dan perempuan dan apa jua jenis kulit. Dinamakan sebagai Flui de De Beaute Fini Natur el, bedak asas ini menawarkan litupan penuh untuk anda yang mahu menyamar cela. Biar mampu menyembuny­ikan ketidaksem­purnaan kulit namun tidak bermakna teksturnya berat dan tebal. Dengan formula ‘ buildable’ anda bebas memilih efek solekan yang anda mahukan, nipis atau tebal.

 ??  ??
 ??  ?? Mario Badescu
Mario Badescu
 ??  ?? Dr Dennis Gross
Dr Dennis Gross
 ??  ??
 ??  ?? Tata Harper
Tata Harper
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia