GLAM (Malaysia)

TERUKIR DI BINTANG

Raikan keriangan dengan menggamit memori kala melihat bintang menari di langit. Transforma­si debunga halus maka tercipta Étoile Filante.

- teks JULIA AZMAN gambar LOUIS VUITTON

Jacques Cavallier Belletrud dalam ciptaan haruman terbaru memahat kenangan manis. Kemasan madu bunga terkumpul dalam kelongsong istimewa yang terciptany­a haruman terbaru Étoile Filante cipta kiasan kembara serba imaginasi. Setiap kali semburan menangkap momen gembira kekal dalam mainan minda. Jacques Cavallier Belletrud menyelami kelembutan bunga osmanthus, setelah sekian lama menyanjung­inya sejak kecil. “Osmanthus absolute was my first revelation among raw materials,” luahnya.

Haruman magis ini dikatakan membangkit mood secara tibatiba. Kembara secara eksklusif ke China, menemukan dia bersama bunga kegemarann­ya. Di malam hari, aroma bunga osmanthus dan magnolia menusuk kalbu. Buat kali pertama, bunga sekecil ini diangkat sebagai intipati utama untuk keluaran wangian terbaru di Louis Vuitton. Gabungan antara ekstrak buah aprikot menyerlahk­an kelembutan aroma Étoile Filante di samping bunga melati daripada Grasse. Yang menggunaka­n teknik ekstrak CO2, yakni teknik eksklusif yang hanya terdapat di Louis Vuitton Les Parfums.

APAKAH KEUNIKAN ÉTOILE FILANTE?

Haruman terbaru dan yang ke12 di bawah rekaan Jacques Cavallier Belletrud untuk Les Parfums Louis Vuitton memberi sentuhan serba segar. Bunga halus osmanthus diangkat sebagai ramuan utama dalam menitip rahsia kesegaran abadi. Benarlah, setiap semburan Étoile Filante bisa membuat anda terkenang momen manis saat jatuh cinta kali pertama.

SAAT BINTANG MELINTASI LANGIT. APAKAH IMPIAN TERBESAR ANDA?

Setiap himpunan yang direka dalam legasi Les Parfums Louis Vuitton menyingkap seribu satu kenangan manis yang harus diceritaka­n. Impian saya hanyalah satu iaitu apabila anda membuka botol wangian Étoile Filante anda seperti terpukau dengan aroma yang harum lagi menyenangk­an. Seperti bermimpi, kadangkala kita mahukan ia menjadi realiti.

APAKAH INTIPATI UTAMA TERKANDUNG DALAM ÉTOILE FILANTE?

Untuk kali pertama bunga osmantus diangkat sebagai kunci utama rahsia bagi aroma menyegarka­n. Pilihan ekstrak buah aprikot bersama sedikit titisan ekstrak strawberi melembutka­n lagi intipati bunga melati yang diekstrak menggunaka­n teknik CO2 khas berada Les Parfums Louis Vuitton. Diperkemas­kan lagi dengan esen bunga magnolia dari China yang dipilih khas.

APAKAH KEISTIMEWA­AN SERVIS MADE- TO- ORDER DI LOUIS VUITTON ATELIER D’ART?

Idaman setiap wanita apabila menerima hadiah serba istimewa. Ser vis ini adalah paling istimewa pernah dilakukan di “Atelier d’Art”. Segalanya dari Grasse. Keistimewa­an setiap botol dihasilkan adalah mengikut cita rasa anda di samping boleh berkolabor­asi secara personal bersama Jacques Cavallier Belletrud untuk proses memilih haruman paling sempurna.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Jacques Cavallier Belletrud
Jacques Cavallier Belletrud

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia